konsulat Amerika Syarikat (AS).
Ratusan penunjuk perasaan berhimpun.
ISLAMABAD - Kerajaan Pakistan hari ini mengumumkan Jumaat ini sebagai cuti kebangsaan bagi rakyatnya mengadakan protes terhadap rakyat Amerika yang anti-Islam, keadaan yang membawa kepada bantahan besar-besaran di seluruh dunia sejak 10 hari lalu.
Kabinet Pusat telah memutuskan hari Jumaat sebagai hari rasmi bagi melahirkan rasa cinta kepada Nabi Muhammad SAW.
Keputusan itu diambil selepas parti-parti agama memanggil protes pada Jumaat bagi mengecam filem Innocence of Muslims.
Menteri Dalam Negeri, Rehman Malik ketika bercakap kepada pemberita awal hari ini berkata, Parti Rakyat Pakistan akan menyertai demonstrasi.
Kelmarin, Parti Sunni Tehreek menggesa orang ramai di seluruh negara itu menutup perniagaan dan mengadakan perarakan terhadap filem yang dihasilkan di Amerika Syarikat (AS).
Hari ini, kira-kira 500 peguam melanggar sekatan jalan yang diadakan di kawasan diplomat yang dikawal ketat.
Sejak protes dan tunjuk perasaan tercetus minggu lalu, kira-kira 30 orang telah terbunuh di seluruh dunia sehingga kini.