Thursday, September 20, 2012

Singapura rela aib demi banteras rasuah




         
SINGAPURA: Pemimpin Singapura berikrar menghukum kakitangan kerajaan yang terbabit dalam rasuah tanpa mempedulikan kedudukan mereka, semalam.

Kenyataan itu dibuat ekoran beberapa kes berprofil tinggi, termasuk membabitkan tiga skandal seks yang mengaibkan Singapura yang selama ini dikagumi atas integritinya. Perdana Menteri, Lee Hsien Loong, berkata sesiapa yang melanggar undang-undang akan ditangkap dan dihukum.


“Tiada sebarang kelonggaran diberikan tanpa mengira kekananan mereka atau bagaimana ia akan memalukan mereka,” katanya. Sebelum ini, dua birokrat kanan Singapura dituduh mendapatkan khidmat seks daripada eksekutif wanita beberapa syarikat yang membekalkan perkhidmatan teknologi komputer kepada pertubuhan mereka. Walaupun Singapura mengenakan hukuman berat atas kesalahan rasuah - boleh dipenjara lima tahun dan denda sehingga S$100,000 (RM248,666) - Lee berkata, ia tidak cukup untuk menghalang seseorang cuba menyalahgunakan jawatan mereka. “Lebih baik mengalami malu dan meneruskan sistem bersih untuk jangka panjang daripada berpura-pura tiada apa-apa berlaku dan pada masa sama membiarkan ia merebak,” katanya. - AP

No comments:

Post a Comment