TRIPOLI: Anak bongsu Muammar Gaddafi dilapor terbunuh dalam pertempuran semalam, setahun selepas pembunuhan bekas pemimpin Libya itu.
Terdapat laporan bercanggah mengenai sama ada Khamis Gaddafi terbunuh ketika pertempuran atau dia cedera parah dan kemudian mati.
Jurucakap Kongres Kebangsaan Libya, Omar Hamdan berkata, Khamis, 28, mati dalam pertempuran tetapi tidak memberi butir lanjut.
Mayatnya dikatakan ditemui semalam selepas pertempuran sengit antara tentera pro-Gaddafi dengan kumpulan militia yang setia kepada kerajaan Libya di bandar Bani Walid.
Menurut laporan agensi berita Al-Arabiya yang dipetik oleh NBC News, sumber mendakwa Khamis ditemui dalam keadaan cedera parah, ditangkap dan kemudian mati.
Sebelum ini, beberapa laporan menyatakan, dia terbunuh, termasuk ketika serangan udara Nato pada Ogos 2011.
Tentera kerajaan mendakwa, 13 orang terbunuh dan 121 cedera dalam pertempuran hari keempat untuk menguasai bandar itu, semalam.
Laporan mengenai kematiannya disambut secara besar-besaran di Misrata, bandar yang pernah dikepung selama enam bulan oleh Briged ke-32 yang diketuai Khamis.
Mayatnya dipercayai dibawa ke bandar itu, yang ketiga terbesar di Libya, tempat sama mayat bapanya dihantar selepas dibunuh oleh pejuang pada 20 Oktober tahun lalu.
Terdahulu, kerajaan Libya berkata, tenteranya menahan jurucakap Gaddafi, Moussa Ibrahim.
Bagaimanapun, seorang lelaki yang mendakwa dirinya Moussa, menyangkal kenyataan itu dan berkata, dia tidak berada di Libya.
Khamis, yang belajar di sebuah akademi tentera di Russia, masih belum berkahwin. Abangnya, Saif al-Islam, ketika ini berada di penjara, menunggu untuk dibicarakan. Pasukan Briged ke-32 yang diketuainya didakwa terbabit merogol, membunuh dan menyeksa kumpulan penentang bapanya. - DM
Terdapat laporan bercanggah mengenai sama ada Khamis Gaddafi terbunuh ketika pertempuran atau dia cedera parah dan kemudian mati.
Jurucakap Kongres Kebangsaan Libya, Omar Hamdan berkata, Khamis, 28, mati dalam pertempuran tetapi tidak memberi butir lanjut.
Mayatnya dikatakan ditemui semalam selepas pertempuran sengit antara tentera pro-Gaddafi dengan kumpulan militia yang setia kepada kerajaan Libya di bandar Bani Walid.
Menurut laporan agensi berita Al-Arabiya yang dipetik oleh NBC News, sumber mendakwa Khamis ditemui dalam keadaan cedera parah, ditangkap dan kemudian mati.
Sebelum ini, beberapa laporan menyatakan, dia terbunuh, termasuk ketika serangan udara Nato pada Ogos 2011.
Tentera kerajaan mendakwa, 13 orang terbunuh dan 121 cedera dalam pertempuran hari keempat untuk menguasai bandar itu, semalam.
Laporan mengenai kematiannya disambut secara besar-besaran di Misrata, bandar yang pernah dikepung selama enam bulan oleh Briged ke-32 yang diketuai Khamis.
Terdahulu, kerajaan Libya berkata, tenteranya menahan jurucakap Gaddafi, Moussa Ibrahim.
Bagaimanapun, seorang lelaki yang mendakwa dirinya Moussa, menyangkal kenyataan itu dan berkata, dia tidak berada di Libya.
Khamis, yang belajar di sebuah akademi tentera di Russia, masih belum berkahwin. Abangnya, Saif al-Islam, ketika ini berada di penjara, menunggu untuk dibicarakan. Pasukan Briged ke-32 yang diketuainya didakwa terbabit merogol, membunuh dan menyeksa kumpulan penentang bapanya. - DM
No comments:
Post a Comment