23 Oktober 2012
KUALA TERENGGANU – Kepulangan seorang ibu amat dinantikan bagi empat beradik yang kini tinggal di Rumah Tunas Harapan Darul Hilmi di Teluk Ketapang, Seberang Takir bagi sama-sama menyambut Aidiladha tidak lama lagi.
Walaupun tinggal bersama keluarga angkat namun bagi Kamarul Hamizan Ahmad Kamal, 10, Kamalia Nur Balqis, 8, Fatin Nurzalia, 5, dan Faris Fauzan, 4, kehadiran ibu di sisi amat bererti buat mereka.
Walaupun tidak bergelar anak yatim piatu, tetapi empat kanak-kanak tersebut telah kehilangan tempat bergantung selepas ditinggalkan ibu bapa mereka sejak lebih dua tahun lalu.
Datuknya, Roni Abdul Ghani, 64, yang juga seorang nelayan, pernah menjaga mereka sebelum ini namun terpaksa melepaskan hak penjagaan kepada Jabatan Kemajuan Masyarakat (JKM) disebabkan faktor usia dan kemiskinan.
Kamarul yang merupakan abang sulung kepada empat kanak-kanak tersebut sekali lagi menyuarakan hasrat ingin beraya bersama ibu mereka kerana impian untuk beraya bersama ibu mereka pada Aidilfitri yang lalu tidak kesampaian.
“Kami ingin berjumpa mama. Nak raya sama-sama. Dah lama tak beraya bersama,” katanya dalam satu pertemuan di rumah neneknya di Lorong Haji Da, semalam.
Dalam pertemuan itu, Persatuan Keluarga Polis (Perkep) turut hadir untuk bertemu kanak-kanak tersebut dan menyampaikan sedikit sumbangan sebagai persediaan untuk menyambut Aidiladha.
Hadir sama, Ahli Jawatankuasa Umno Bahagian Kuala Nerus, Tuan Arif Sahibu Fadilah Tuan Ahmad dan pemilik Great Clean Services, Azmi Udin yang telah bertanggungjawab mengatur pertemuan kanak-kanak tersebut dengan datuk, ayah dan neneknya sebelum ini.
Sementara itu, nenek kanak-kanak tersebut, Zaimah Sidek, 52 merayu agar anak perempuannya, Siti Nurul Hasmiza Hamid, 30, pulang ke pangkuan empat anaknya yang ditinggalkan sejak dua tahun lalu.
Menurut Zaimah, anaknya itu pernah pulang ke rumah selepas raya tahun lepas tetapi dalam tempoh singkat sahaja dan dia juga tidak mengetahui di mana tempat tinggal dan bagaimana ingin berhubung.
“Saya berharap Siti Nurul Hasmiza dapat pulang dan menjenguk anak-anak yang masih kecil dan dahagakan kasih sayang seorang ibu. Walaubagaimana sekalipun, nasib anak-anak ini perlu difikirkan,” katanya.
Berkongsi cerita, dia mengetahui rumah tangga anak keduanya itu terumbang-ambing akibat tabiat suaminya, Ahmad Kamal Roni, 30, yang ketika itu difahamkan terjebak dalam penyalahgunaan dadah.
Katanya, hubungan dia dengan cucunya agak renggang kerana anak perempuannya juga jarang pulang ke rumah malah perpisahan dengan suaminya juga diketahui melalui akhbar.
Menurut Zaimah, dengan keadaan dirinya yang mempunyai masalah kesihatan dan turut mengalami kesulitan hidup bersama ahli keluarga yang lain, tidak memungkinnya untuk memelihara sendiri empat cucunya.
“Melihat mereka gembira tinggal bersama rakan yang lain dan kehidupan mereka juga terurus serta terjaga, saya berasa gembira. Untuk menjaga sendiri, saya juga tidak mampu,” katanya.
Sementara itu, Pengerusi Perkep Daerah Kuala Terengganu, Nor Fodziah Idrus berkata, kerjasama Perkep dan juga orang ramai diharapkan agar dapat temukan ibu kanak-kanak tersebut.
“Kita berharap orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan ibu kanak-kanak ini dapat menghubungi balai polis berdekatan supaya dapat menyatukan kanak-kanak ini dengan ibunya,” katanya.

No comments:
Post a Comment