Wednesday, October 3, 2012

Penunjuk perasaan ‘serang’ Kedutaan Perancis

TEHERAN: Sekumpulan kecil penunjuk perasaan - kebanyakannya wanita - semalam memusnahkan sebuah pos polis Iran yang melindungi Kedutaan Perancis di Teheran. Mereka turut melontar batu ke arah pelawat yang mengunjungi kedutaan itu sebelum ditahan pihak berkuasa.

Seorang diplomat berkata, protes yang tidak diumumkan dan berlangsung selama 90 minit itu membabitkan kira-kira 15 orang. “Tiada kerosakan pada kedutaan, tetapi pelawat di kalangan warga Iran yang datang untuk mendapatkan visa Perancis terpaksa berlindung dalam bangunan kami,” katanya.


Diplomat itu berkata, protes itu berlangsung tiba-tiba, menyebabkan tiada polis berkawal. Katanya, penunjuk perasaan bertakbir di depan bangunan berkenaan. Sejurus sebelum itu, satu demonstrasi lebih besar diadakan berhampiran Universiti Teheran dan peserta melaungkan pelbagai kutukan terhadap Amerika Syarikat (AS), Israel dan pihak yang menghina Nabi Muhammad SAW. - AFP

No comments:

Post a Comment