Wednesday, October 3, 2012

Tiada sokongan jika Damsyik gunakan senjata kimia




         
NEW YORK: Iran semalam mengulangi amaran supaya Syria tidak menggunakan senjata kimia dalam usaha Damsyik memerangi kumpulan pembangkang negara itu.

Menteri Luar, Ali Akhar Salehi, berkata Iran tidak menyokong mana-mana negara - termasuk sekutunya, Syria - yang menggunakan senjata seumpama itu.


“Jika mana-mana negara menggunakan senjata pemusnah massa, ia akan menamatkan kesahihan, kelayakan dan segala-gala berkaitan kerajaan terbabit,” katanya ketika bercakap kepada pertubuhan pemikir Majlis Perhubungan Luar. Ali mengulas soalan daripada hadirin mengenai tindakan Iran jika kesan senjata kimia digunakan Damsyik akan menjejaskan negaranya. Kata Ali, senjata pemusnah massa bertentangan dengan kemanusiaan dan ia tidak boleh diterima sama sekali. - AFP

No comments:

Post a Comment