WASHINGTON - Agensi Perisikan Pusat (CIA) melancarkan siasatan dalaman peletakan jawatan pengarahnya, David Petraeus yang mengaku mempunyai hubungan sulit dengan seorang penulis biografinya, Paula Broadwell.
Jurucakap agensi berkenaan Preston Golson berkata, jika ada pengajaran yang boleh diambil daripada kes ini, mereka akan gunakan untuk memperbaiki keadaan.
“Penyiasatan perlu dilaksanakan dan tidak mengandaikan sebarang hasil tertentu,” katanya dipetik AP.
Menurutnya, selain siasatan berkenaan kes skandalnya, Petraeus, 60, juga akan memberi keterangan tertutup di Capitol Hill mengenai serangan terhadap Konsulat Amerika Syarikat (AS) di Benghazi, Libya.
Sementara itu, pegawai keselamatan kebangsaan dan penguatkuasaan undang-undang mendedahkan peletakan jawatan Petraeus juga bersangkutan dengan penemuan maklumat sulit di komputer riba milik Paula Broadwell, 40 yang sepatutnya dirahsiakan.
Petraeus adalah jeneral paling dihormati di AS sebelum dilantik sebagai Pengarah CIA tahun lalu tetapi meletak jawatan minggu lalu apabila pendedahan skandal beliau terbongkar.
No comments:
Post a Comment