Friday, November 16, 2012

Myanmar bebas 114 banduan


banduan dibebaskan
Orang ramai mengerumuni pintu pagar Penjara Insein, Yangon bagi menyambut ahli keluarga mereka yang dibebaskan.
YANGON - Myanmar membebaskan seramai 114 banduan, sebelum Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama, mengadakan lawatan bersejarahnya pada hari ini.

Bagaimanapun, menurut kumpulan pembangkang, pembebasan lebih 100 banduan, semalam, tidak melibatkan mana-mana tahanan politik.

Sebahagian banduan yang dibebaskan, termasuk bekas tentera yang lari dari tugasan atau melakukan kesalahan ketenteraan.

Sebelum itu, media tempatan melaporkan, lebih 400 banduan bakal dibebaskan dengan niat membantu memulihkan hubungan dan  kebajikan rakyat.
Dalam satu kenyataan lain, pemimpin demokrasi Myanmar, Aung San Suu Kyi menyuarakan kekesalannya berikutan pembebasan itu tidak melibatkan ahli politik.
Sehingga kini, kira-kira 800 banduan politik dibebaskan sepanjang proses pembentukan semula kerajaan sejak tahun lalu dan lebih 100 pengamal politik masih ditahan. - Reuters

No comments:

Post a Comment