Sunday, November 11, 2012

Cubaan lelong diri tak dapat sambutan



2012/11/11 - 05:45:52 AM Cetak Emel Kawan
 
Tokyo: Ketika kebanyakan pengguna di dunia menggunakan web lelongan eBay selama 10 tahun atau lebih, Jepun kekal satu daripada segelintir negara di mana laman itu tidak popular.

Yahoo! Auctions, satu perkhidmatan diperkenalkan pada 1998, kini semakin menjadi pilihan di Jepun, Taiwan dan Hong Kong serta menerima jumlah kunjungan luar biasa setiap hari.
Iklan aneh

Laman itu mendedahkan bagaimana seorang lelaki, baru-baru ini melelong tengkorak manusia, diikuti pengiklanan aneh seorang individu untuk menjual tanah didakwa diwariskan oleh Tuhan.

Minggu ini, seorang lelaki 22 tahun mengiklankan dirinya untuk dilelong dalam kategori perkhidmatan sewaan, bermula dengan harga 8,000 yen (RM306.87) selama 24 jam.

Tidak seperti wanita Brazil yang melelong kedaraannya beberapa minggu lalu, lelaki muda itu tidak membuat apa-apa syarat berkaitan fantasi seksual, dan mendakwa hanya ‘menyewakan’ dirinya (tidak termasuk kos menaiki kenderaan).

Personaliti ceria
Pelelong itu menggambarkan dirinya sebagai mempunyai personaliti ceria, positif selain mahir mengambil gambar dan melukis.

Dalam ruangan ‘keadaan, dia menyenaraikan dirinya sebagai ‘digunakan’. Namun, apa yang sebenarnya boleh dilakukan seseorang dengan budak lelaki yang disewa selama sehari?

“Saya mungkin, sebagai contoh, membantu tugas anda atau mengemas rumah, atau malah mengambil bahagian dalam aktiviti sukarelawan atau hanya memainkan peranan menjadi rakan anda selama sehari; tolong jadi kreatif dalam memutuskan apa yang boleh dilakukan dengan saya!” - Agens

No comments:

Post a Comment