ANKARA - Sebuah helikopter tentera Turki terhempas sehingga meragut semua anggotanya ketika operasi membabitkan puak Kurdish, semalam.
Pihak berkuasa berkata, siasatan awal mendapati insiden berlaku di kawasan pergunungan Pervari daerah Siirt.
"Kejadian berlaku disebabkan kabus tebal hingga menghadkan jarak penglihatan," katanya.
Sementara itu, gabenor wilayah, Ahmet Aydin mengesahkan kejadian itu berlaku berhampiran kubu kuat Parti Buruh Kurdistan (KWP).
Stesen televisyen tempatan melaporkan, seramai 17 askar berkenaan berada di kawasan itu bagi menjalankan operasi terhadap kumpulan pemberontak Kurdistan yang semakin meruncing sejak enam bulan lalu.
Serangan tercetus sejak 1980-an, melibatkan tuntutan terhadap hak-hak puak Kurdish termasuk kawasan autonomi di tenggara negara itu. - AP
No comments:
Post a Comment