Tuesday, November 20, 2012

Fatwa untuk menyelamatkan UMNO kini ditemui..



http://darisungaiderhaka.blogspot.com,19 Nov 2012

Inilah fatwa yang sedang rancak dijaja UMNO "fatwa" Sheikh Prof Dr Sulaiman Saloomi, Ahli Majlis Fatwa Masjidi Haram yang menyatakan adalah "berdosa bersekongkol untuk menjatuhkan kerajaan yang baik".

"Fatwa" itu dicetak pada kain rentang dan dipasang dan dikibarkan disetiap Pusat Daerah Mengundi (PDM) UMNO/BN.

Seperti kebanyakkan syariat Islam yang telah ditetapkan oleh Allah buat semua manusia yang mana kita semua tahu ianya telah dipilih-pilih oleh UMNO untuk diterima pakai oleh mereka begitulah juga dengan fatwa ini sebenarnya.

Fatwa ini telah diolah semula demi membawa kebaikkan bagi membolehkan UMNO terus kekal berkuasa di bumi Malaysia ini..
Ahli Majlis Fatwa Masjidil Haram, Sheikh Dr. Sulaiman Saloomi telah menegaskan adalah haram bagi umat Islam menyokong kumpulan yang berniat atau bertindak mahu menjatuhkan sesebuah kerajaan negara Islam walaupun dalam kepimpinan itu didapati berlaku kesalahan melibatkan hukum syarak.

Kata beliau, ia kerana tindakan menjatuhkan kerajaan negara Islam itu adalah tidak dibenarkan agama, apatah lagi jika umat Islam tersebut mahu menggantikan dengan pemerintahan yang boleh mendatangkan bahaya lebih besar ~ Utusan

Apa yang ditegaskan oleh  Sheikh Dr. Sulaiman ialah haram menyokong untuk menjatuhkan sesebuah kerajaan negara Islam bukannya haram menjatuhkan sebuah kerajaan yang baik..

Mungkin kerana pencacai UMNO menyedari bahawa meskipun Malaysia adalah sebuah negara Islam yang yang menolak hukum Islam jadi Negara Islam dalam Fatwa itu ditukar kepada negara yang baik..

Ya lah.. orang Islam mana boleh makan rasuah, memfitnah saudaranya, memutarbelit fakta untuk menipu rakyat, mengutamakan kroni, membiarkan isteri tidak menutup aurat dan lain-lain seumpama perbuatan syaitan.

Kalau dikata UMNO/BN kerajaan yang baik.. hmmm.. entah apalah baiknya akupun tak tahu... cuba korang tolong senaraikan kebaikkan UMNO/BN terhadap rakyat kebelakangan ni..

No comments:

Post a Comment