MAKASSAR: Seorang suspek militan melontar bom ke arah Gabenor Sulawesi Selatan, Syahrul Yasin Limpo.
Syahrul bagaimanapun terselamat kerana bom berkenaan tidak meletup.
Kejadian berlaku ketika Syahrul berucap di atas pentas sempena ulang tahun Parti Golkar di Tugu Mandala, Makassar, semalam.
Jurucakap Polis Sulawesi Selatan, Komisioner Kanan Endi Sutendi berkata, polis berjaya menahan penyerang yang dikenali sebagai Awaluddin Nasir atau Lukman Rahim, 25, selepas dia melontar bom dan dipukul oleh orang ramai.
Jurucakap Polis Sulawesi Selatan, Komisioner Kanan Endi Sutendi berkata, polis berjaya menahan penyerang yang dikenali sebagai Awaluddin Nasir atau Lukman Rahim, 25, selepas dia melontar bom dan dipukul oleh orang ramai.
Bom buatan sendiri itu dibuat daripada paip seberat 200 gram, mengandungi sebatang paku sepanjang lima sentimeter, 40 paku kecil dan bahan peledak, kata Endi.
“Bom itu dihantar ke makmal forensik untuk analisis,” katanya.
Endi mengesyaki Awaluddin anggota kumpulan militan yang melancarkan beberapa siri serangan di Poso, Sulawesi Tengah, sejak Ogos lalu termasuk serangan bom terhadap pos kawalan polis trafik di bandar itu serta pembunuhan dua anggota polis yang mayat mereka ditemui di dusun Tamanjeka di Poso.
Menurut Endi, bentuk bom yang digunakan oleh AW sama seperti bom yang digunakan kumpulan itu.
Ketua Polis Makassar, Komisioner Kanan Joseph Wisnu Sandjaja berkata, Awaluddin yang dipercayai pelajar universiti swasta, mengaku terdapat dua penyerang dalam serangan itu. - JP
No comments:
Post a Comment