Monday, November 12, 2012

Myanmar gempa, 12 maut


Sebuah jambatan yang sedang dibina di Sungai Irrawaddy, timur Shwebo, Myanmar runtuh akibat dilanda gempa bumi sekuat 6.8 pada skala Richter, semalam. - REUTERS
YANGON 11 Nov. - Satu gempa bumi kuat berukuran 6.8 pada skala Richter menggegarkan Mandalay, bandar kedua terbesar Myanmar pagi ini mengakibatkan sekurang-kurangnya 12 orang terbunuh.
Pusat Pemantau Geologi Amerika Syarikat (USGS) berkata, gempa bumi itu berpusat kira-kira 60 kilometer di barat laut Mandalay, kira-kira 10 kilometer di bawah bumi.
Gempa yang berlaku pada pukul 7.42 pagi waktu tempatan itu turut dirasai di Bangkok, Thailand.
Media tempatan melaporkan, sebuah jambatan yang sedang dalam pembinaan di Sungai Irrawaddy bandar Kyauk Myaung dan Singgu runtuh.
Laman web majalah Weekly Eleven melaporkan, empat orang terbunuh dan 25 lagi cedera apabila jambatan yang 80 peratus siap itu runtuh.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20121112/lu_01/Myanmar-gempa-12-maut#ixzz2C1SpHRJl
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment