Tuesday, November 20, 2012

Pendatang haram cuba bakar masjid di Tebing Barat

RAMALLAH: Penceroboh menyalakan api di pintu masuk sebuah masjid di Tebing Barat semalam dan merosakkan pintunya dalam serangan didakwa dilakukan penduduk haram Yahudi.

Penduduk Kampung Orif berhampiran Nablus berkata, sekumpulan penduduk Yahudi dari penempatan berhampiran masuk ke masjid itu sebelum subuh dan mencurah minyak tanah di atas permaidani usang berhampiran pintu masuknya. Mereka kemudian menyalakan api di situ. Penduduk Orif, Issam al-Safadi, berkata penceroboh terbabit cuba masuk ke masjid tetapi gagal kerana ia dikunci. “Mereka akhirnya membakar permaidani lama dan pintu masjid,” katanya. Kumpulan hak asasi manusia Israel, B’tselem, berkata serangan itu dipercayai dilakukan kumpulan sama merosakkan sekurang-kurangnya 10 masjid lain di Tebing Barat sejak 2009. - Reuters

No comments:

Post a Comment