Monday, November 5, 2012

“SESUNGGUHNYA ALLAH TIDAK PERNAH TIDUR.”...

Ramli Joned
Bismillaa hir rohma nir rohim
SANTAPAN ROHANI - PAGI ISNIN 5 NOV 2012:
TAKT DAN MENANGISLAH KERANA ALLAH

BUAT MEREKA YANG SERING MENANGIS KERANA TERLUKA DENGAN KEKASIHNYA, dan menangis kerana ditinggalkan oleh kekasihnya... Serta buat semua ummah yang pernah terlupa... Firman Allah swt dari SURAH AL MAIDAH, AYAT 44 yang maksudnya: “MAKA JANGANLAH ENGKAU TAKUT KEPADA MANUSIA DAN TAKUTLAH KEPAD
AKU...”... Diceritakan, ADA SEORANG LELAKI YANG JATUH HATI KEPADA SEORANG WANITA... Ketika wanita itu keluar rumah untuk satu keperluannya, maka pergilah lelaki itu bersamanya... Sampailah mereka ke satu kampung yang sunyi di mana penghuninya telah pun tidur... Lalu, lelaki itu pun menyampaikan hasrat hatinya... Wanita itu menyahut, “Lihatlah samada orang-orang telah tidur semuanya?”.. Lelaki itu memikirkan bahawa wanita itu bermaksud bahawa wanita itu bersetuju untuk menuruti kehendak hatinya... Dia pun mengelilingi kawasan itu untuk melihat samada semua orang telah tidur atau tidak... Setelah jelas bahawa semua orang-orang telah tertidur, segera dia menghampiri wanita tersebut seraya berkata, “Benar, semua orang telah pun tidur.”...

Lalu, wanita tersebut bertanya; “BAGAIMANAKAH PENDAPATMU DENGAN ALLAH? APAKAH SAAT INI DIA JUGA TELAH TIDUR?”... Dan lelaki itu pun menjawab, “SESUNGGUHNYA ALLAH TIDAK PERNAH TIDUR.”... Wanita itu pun berkata lagi. “Sesungguhnya Zat yang tidak pernah tidur akan melihat kita meskipun manusia sedang tidur lelap dan tidak melihat kita... OLEH KERANANYA DIA LEBIH BERHAK UNTUK DITAKUTI.”... Dengan segera lelaki itu meninggalkan wanita itu kerana dia takut kepada Allah.... Dia telah pulang ke rumahnya dan BERTAUBAT... Setelah dia meninggal dunia, ada orang telah bermimpi bertemu dengannya... Lalu ditanya; “Apakah yang telah Allah lakukan kepadamu?”... Lelaki itu menjawab: “ALLAH TELAH MENGAMPUNIKU KERANA KETAKUTANKU DAN KERANA AKU MENINGGALKAN DOSA ITU.”...

Disebut dalam kitab BIDAYATUL HIDAYAH.. “Pada hari kiamat, didatangkan api yang bergemuruh... menggetarkan hati setiap ummah.. terdengar dari jarak perjalanan 500 tahun... Para nabi r.anhum berkata; “Nafsi-nafsi”(sendiri-sendiri)”... Kecuali Rasulullah s.a.w.. Baginda berkata, “Umatku-umatku.”.... Kemudian, keluarlah api bagaikan gunung... Umat Muhammad saw berusaha untuk menolaknya sambil berkata; “Demi orang-orang yang bersolat, demi orang-orang yang siddiq, demi orang-orang yang khusyu’.. Dan demi orang-orang yang berpuasa. Kembalilah engkau wahai api!”.. Malangnya, api itu tidak juga kembali.... Lalu datanglah Malaikat Jibrail a.s. membawa segelas air sambil berkata lagi: “ AMBILLAH AIR INI. DAN PERCIKKAN KE API ITU!”... Rasulullah s.a.w. melakukan perkara itu... Dan seketika itu, api itu pun padam... Lalu, Rasulullah s.a.w. bertanya: “Air apakah ini?” Jibril menjawab: “ITULAH AIR MATA UMATMU YANG MENANGIS KERANA TAKUT KEPADA ALLAH, dan sekarang aku diperintahkan untuk memberikan air itu kepadamu supaya engkau memercikkannya kepada api sehingga padam dengan izin Allah”...

Rasulullah s.a.w. seringkali berdoa: “YA ALLAH, BERILAH AKU REZEKI DUA MATA YANG MENANGIS KERANA TAKUT KEPADA ENGKAU SEBELUM AIR MATA INI HABIS.”.... Barangsiapa yang ingin selamat daripada azab Allah serta mendapatkan pahala serta rahmatNya, hendaklah dia sabar atas kesulitan dunia, taat kepada Allah serta menjauhi maksiat...

No comments:

Post a Comment