Monday, November 5, 2012

68 peratus penduduk Islam AS pilih Obama




         
WASHINGTON: Lebih dua pertiga atau 68 peratus penduduk Islam Amerika Syarikat akan mengundi Barack Obama untuk membolehkannya memegang jawatan Presiden bagi penggal kedua.

Kaji selidik yang dilakukan Majlis Hubungan Islam Amerika (CAIR) yang berpusat di Washington, menunjukkan, penduduk Islam yang semakin condong kepada Parti Demokrat meningkat daripada 49 peratus dalam kajian sama pada 2008 kepada 68 peratus semalam.


Dalam kenyataannya, Cair berkata, hampir separuh responden berpendapat Parti Demokrat lebih mesra kepada masyarakat Islam.

Kajian terhadap pengundi Islam berdaftar mendapati kira-kira 90 peratus di kalangan mereka akan mengundi pada pilihan raya Selasa ini.


Daripada jumlah itu, 68 peratus berkata mereka akan mengundi Obama dan hanya tujuh peratus berkata, mereka akan mengundi Mitt Romney.


“Dalam persaingan sengit ini, blok pengundi kecil akan menentukan keputusannya. Pada 6 November ini, masyarakat Islam Amerika berada dalam kedudukan untuk menentukan calon yang akan menang di negeri seperti Ohio, Virginia dan Florida,” kata Pengarah Eksekutif CAIRair, Nihad Awad. - AFP

No comments:

Post a Comment