Monday, November 5, 2012

Melaka paling kuat Umno BN, bukan Johor



Zulkifli Sulong,05 Nov 2012
BATU PAHAT: Kajian yang dibuat oleh Pusat Penyelidikan PAS (PPP) mendapati Johor bukannya negeri yang paling kuat Umno dan BN kerana kubu paling kuat Umno adalah Melaka.

Pengarah Operasi PPP, Dr Zuhdi Masduki (gambar) berkata, sekurang-kurangnya 14 daripada 26 kawasan Parlimen di Johor berada di bawah 50 peratus sokongan tradisi rakyat kepada Umno dan BN.

Ini bermakna, pembangkang mempunyai peluang yang besar untuk mengalahkan BN di negeri ini.

Kawasan-kawasan itu adalah Segamat,  Labis, Ledang, Bakri, Muar,  Batu Pahat,  Kluang, Gelang Patah, Tebrau, Pasir Gudang, Tebrau, Johor Baru, Pulai dan Kulai.

Menurut Zuhdi, lima kriteria diambil kira ketika menentukan Umno dan BN mendapat sokongan rakyat atau tidak di negara ini iaitu keahlian Umno, keahlian Rela, petugas Kemas, ahli Pertubuhan Peladang dan ahli persatuan belia yang terletak di bawah pejabat belia daerah.

"Mereka yang berdaftar dalam organisasi ini dikira pro Umno dan BN yang dijangka berpotensi tinggi akan mengundi Umno dan BN dalam setiap kali pilihan raya," kata Zuhdi dalam Konvensyen PAS Johor semalam.

Kira-kira 750 peserta yang terdiri dari pemimpin PAS kawasan di Jojor menyertai konvensyen yang bertema 'Pecutan terakhir  menuju Nusajaya' ini.

Konvensyen ini dikira persiapan terakhir PAS Johor untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Pelbagai kertas kerja dibentangkan dalam konvensyen ini yang semuanya membayangkan Pakatan Rakyat mampu menjatuhkan Umno dalam pilihan raya ini.-harakah

No comments:

Post a Comment