KUALA LUMPUR: Siasatan terhadap cubaan beberapa individu menghidupkan ajaran al-Arqam pada satu perhimpunan tengah malam, Jumaat lalu sudah selesai.
Sumber Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) berkata, siasatan terhadap perkara itu sudah dilakukan dan Jais dijangka mengadakan sidang media hari ini bagi memberi penjelasan lanjut.
“Pengarah Jais, Datuk Marzuki Hussin akan mengadakan sidang media esok (hari ini) berhubung perkara itu,” katanya yang dihubungi, semalam.
Harian Metro sebelum ini melaporkan serbuan dilakukan di sebuah padang tempat berlangsungnya acara dikenali sebagai ‘kenduri mega dan doa selamat’ sambutan ulang tahun kelahiran Ashaari Muhammad yang dihadiri lebih 3,500 orang dari seluruh Malaysia. Turut ditahan ialah Ahli Majlis Pimpinan Pusat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Badrulamin Bahron yang hadir pada program itu.
Mereka ditahan selepas disyaki melanggar Seksyen 12(c) Enakmen Jenayah Syariah Selangor kerana mengembangkan ajaran ‘Aurad Muhammadiah’. Badrulamin dan 19 yang lain dibebas dengan jaminan selepas kenyataan mereka direkodkan
No comments:
Post a Comment