WASHINGTON: Pentagon semalam bersetuju untuk memberi bantuan mengisi semula minyak pesawat Perancis yang kini sedang menjalankan operasi membanteras pejuang Islam di Mali.
Tentera Amerika Syarikat (AS) dalam satu kenyataannya berkata, pentadbiran
Barack Obama sebelum ini diminta oleh Perancis untuk menghulurkan bantuan mengisi semula minyak pesawatnya. Setiausaha Pertahanan, Leon Panetta yang bakal menamatkan tugasnya sudah meluluskan permintaan Perancis itu, demikian menurut jurucakap Pentagon, George Little.
Obama menelefon rakan sejatanya, Francois Hollande Jumaat lalu dan kedua-dua pemimpin berbincang dengan mengenai isu keselamatan antarabangsa serta bersetuju untuk bekerjasama untuk menangani keganasan di benua Afrika.
Perancis menghantar angkatan tenteranya ke Mali dua minggu lalu dan bekerjasama dengan tentera kerajaan Mali untuk menangkis keganasan daripada puak pemberontak Islam, termasuk rangkaian al-Qaeda yang menawan beberapa bandar di utara negara itu. - AFP
No comments:
Post a Comment