Sunday, January 27, 2013

Mangsa culik di Algeria: Seorang lagi disah terbunuh

Rumah Ping Wee di Taman Bukit Samudera, Port Dickson, lengang selepas berita kematiannya dimaklumkan Wisma Putra.Rumah Ping Wee di Taman Bukit Samudera, Port Dickson, lengang selepas berita kematiannya dimaklumkan Wisma Putra. Kuala Lumpur: Seorang lagi rakyat Malaysia yang sebelum ini dilaporkan hilang dalam serangan kumpulan pemberontak Mali, Batallion of Blood, di Kompleks Pengeluaran Gas dan Minyak (OGPC) Amenas, Algeria, 16 Januari lalu, disahkan terkorban.

Kedutaan Besar Malaysia di Algiers, semalam mengesahkan mayat Tan Ping Wee, dikenal pasti melalui hasil pemeriksaan forensik berdasarkan rekod pergigian serta pengesahan ‘tatu’ pada tubuh badannya oleh keluarga mendiang.
Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman, berkata Wisma Putra sudah memaklumkan ahli keluarga Ping Wee dan usaha membawa pulang jenazah sedang diusahakan untuk dibawa pulang dalam masa terdekat.

“Kerajaan Malaysia mengucapkan takziah dan simpati dengan apa yang berlaku dan meminta semua pihak terutama ahli keluarga mangsa bersabar dalam menghadapi situasi menimpa mereka.

“Sehingga kini, Kementerian Luar dan majikan mangsa JGC Corporation Pte Ltd di Algiers sedang menguruskan proses membawa pulang mayatnya bersama dengan mayat Chong Chung Ngen, berasal dari Perak yang turut disahkan terbunuh,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Sebelum ini, dua rakyat Malaysia yang terselamat dalam kejadian itu Lau Seek Chiang, 38, berasal dari Sarawak dan Ravi Kuppusamy, 48, berasal dari Pulau Pinang, sudah dibawa kembali ke Malaysia Rabu lalu, manakala seorang lagi rakan mereka Patrick Purait Awang, secara sukarela menawarkan diri untuk tidak kembali dan membantu pihak kedutaan mengesan Ping Wee.


Balas dendam
Dalam kejadian itu, 60 anggota pemberontak bersenjata menawan OGPC Amenas di Gurun Sahara selama empat hari bagi membalas dendam terhadap tindakan Algeria membenarkan ruang udaranya digunakan Tentera Perancis untuk menyerang pemberontak Mali.

Kumpulan itu menyerah diri Ahad minggu lalu, selepas serangan besar-besaran dilakukan oleh Tentera Algeria hingga menyebabkan sebahagian daripada pemberontak dan tebusan terbunuh.

No comments:

Post a Comment