5 Januari 2013
NABLU - Sekurang-kurangnya dua penduduk Palestin cedera, kelmarin dalam insiden pertempuran terbaru dengan tentera Israel di Jenin, utara Tebing Barat pada minggu ini.
Menurut pihak berkuasa di Palestin, kejadian itu tercetus selepas askar rejim Zionis menggempur zon perindustrian di bandar tersebut dan seorang penduduk turut ditahan.
Dalam satu kenyataan, jurucakap tentera Israel mengesahkan serbuan tersebut yang kononnya dilakukan untuk menahan suspek militan tetapi ia bertukar ganas selepas penduduk bertindak membaling batu ke arah mereka.
Selasa lalu, puluhan penduduk di sebuah kampung di utara Tebing Barat juga dilaporkan cedera dalam pertempuran bersama anggota pengintip Israel yang cuba untuk memberkas anggota Gerakan Jihad Islam.
Dalam satu kejadian lain, penduduk Yahudi dari penempatan haram Achia juga dilaporkan menyerang penduduk Kampung Jalud.
Mereka bertindak merosakkan kereta dan memecah masuk rumah penduduk dengan sewenang-wenangnya.
Pihak berkuasa memaklumkan, bayi berumur dua bulan antara mangsa yang cedera dalam insiden itu.
Pertempuran antara penduduk Palestin dan pendatang Yahudi di Tebing Barat dilaporkan meningkat sejak beberapa bulan lalu. - AFP

No comments:
Post a Comment