4 Januari 2013
TEHERAN - Iran, kelmarin mendakwa mereka sekali lagi telah menembak jatuh dua pesawat pengintip RQ-11 milik Amerika Syarikat (AS) dalam tempoh 15 bulan.
Kenyataan itu dimaklumkan oleh Laksamana Amir Rastegari kepada stesen televisyen tempatan dan agensi berita Fars.
Menurut beliau, kedua-dua pesawat pengintip tersebut ditembak jatuh pasukan pertahanan udara antara Ogos 2011 dan November tahun lalu tanpa memberi butiran lanjut berhubung lokasi dan bukti kukuh untuk mengesahkan 'kejayaan' tersebut.
Difahamkan, pesawat AeroVironment RQ-11 yang boleh bergerak pada kelajuan sehingga 95 kilometer sejam dalam tempoh 80 minit itu sememangnya digunakan oleh perisik tentera AS termasuk negara sekutunya.
Bulan lalu, Iran turut mendakwa mereka telah menembak jatuh pesawat pengintip kecil AS, ScanEagle di ruang udara Teluk, namun ia dinafikan oleh Tentera Laut AS. - AFP

No comments:
Post a Comment