Monday, January 28, 2013

Polis lepas gas pemedih mata surai penunjuk perasaan



Penunjuk perasaan yang menentang Presiden Mesir, Mohamed Mursi bertempiaran lari selepas polis anti rusuhan melepaskan gas pemedih mata berdekatan Dataran Tahrir, kelmarin. - REUTERS
KAHERAH 27 Jan. - Polis melepaskan gas pemedih mata ke arah berpuluh-puluh penunjuk perasaan bagi menyuraikan demonstrasi jalanan di sini hari ini, yang memasuki hari keempat dan menyaksikan sekurang- kurangnya 41 orang maut.
Demonstrasi tersebut menambah lagi cabaran politik yang dihadapi Presiden, Mohamed Mursi dalam mentadbir negara ini.
Di sebuah jambatan berdekatan Dataran Tahrir di sini, polis melepaskan gas pemedih mata ke arah golongan belia untuk mengundurkan semula mereka ke arah dataran yang menjadi pusat kebangkitan rakyat dan menggulingkan bekas Presiden, Hosni Mubarak tersebut.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130128/lu_04/Polis-lepas-gas-pemedih-mata-surai-penunjuk-perasaan#ixzz2JEDcaYua
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment