Sunday, January 6, 2013

UAE enggan bebas rakyat Mesir dituduh latih cara gulingkan kerajaan



DUBAI 6 Jan. - Emiriyah Arab Bersatu (UAE) menolak permintaan Mesir bagi membebaskan 11 rakyatnya yang ditahan kerana dipercayai melatih rakyat bagaimana untuk mengguling sebuah kerajaan, lapor media tempatan semalam.
Ikhwan Muslimin minggu lalu mendakwa semua tahanan itu merupakan anggota pergerakan tersebut dan mendesak supaya mereka dibebaskan kerana ditahan secara salah.
Mesir menghantar pembantu kepada Presiden, Mohammed Mursi yang juga ketua risikannya, Jeneral Mohamed Shehata ke UAE bagi membincangkan tentang penahanan itu.
"Mereka (pegawai UAE) menjelaskan, suspek tidak boleh dibebaskan sebelum kes itu dihadapkan ke mahkamah," lapor Gulf News. - REUTERS


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130106/lu_10/UAE-enggan-bebas-rakyat-Mesir-dituduh-latih-cara-gulingkan-kerajaan#ixzz2HCaInL1B
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment