18 Februari 2013
Abby (kanan) menyampaikan sumbangan kepada penduduk pada Program Pentas Wanita bersama Selebriti di Kampung Sungai Sireh.
TANJONG KARANG - Selebriti dan pelakon, Abby Abadi mengajak golongan wanita membuat perubahan ke arah lebih baik dalam memilih pemimpin yang bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan datang.
Abby atau nama sebenarnya, Arbaiyah Abdul Manan juga meminta orang ramai memberikan sokongan kepada Pakatan Rakyat (PR) khususnya Pas sekali gus terus mempertahankan Selangor.
“Kita lihat banyak kebajikan dapat dinikmati rakyat apabila PR mentadbir berbanding sebelum ini dan membuktikan keberanian rakyat dalam melakukan perubahan pada pilihan raya umum lalu.
“Rakyat sendiri dapat menikmati pelbagai program yang baik demi untuk kesenangan rakyat termasuk Program Jom Shopping Skim Mesra Usia Emas (SMUE), air percuma dan Tabung Warisan Anak Selangor (Tawas),” katanya ketika hadir memeriahkan Program Pentas Wanita bersama Selebriti di Balairaya Lorong 7 Ban 1, Kampung Sungai Sireh, Tanjong Karang di sini.
Hadir sama, Ahli Jawatankuasa Badan Perhubungan Pas Negeri (BPPN) Selangor, Mariam Abdul Rashid yang juga Ahli Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan Pegawai Penyelaras DUN Sungai Burong, Mohamad Judi Sarjo.
No comments:
Post a Comment