Saturday, March 30, 2013

Dua bayi perlu bantuan bedah jantung

Dua bayi perlu bantuan bedah jantung
Muhammad Syawal Akif Mohd Hernizam, yang berusia enam bulan, dikesan menghidap Atrioventricular Septal Defect (AVSD) atau lubang besar pada bahagian atas dan bawah injap jantung, memerlukan RM50,000 untuk pembedahan.
Bapanya, Mohd Hernizam Mohammad Hesam, 31, berkata penyakit yang dihidapi anak lelaki tunggalnya itu dikesan ketika berumur dua bulan.


Keadaan makin serius

“Selepas tiga kali keluar masuk hospital, keadaannya bertambah teruk dan anak saya terus dirujuk ke Hospital Gleneagles.

“Sebagai kakitangan swasta berpendapatan hanya RM1,500 sebulan, isteri tidak bekerja dan mempunyai tiga lagi tanggungan yang masih kecil, saya berharap ada pihak menghulurkan bantuan,” katanya ketika ditemui di Hospital Gleneagles, di sini, semalam.

Krishentra Sri Suganeswaran, dua bulan, yang menghidap Ventricular Septal Defect (VSD) atau lubang di tengah injap jantung dan Atrial Septal Defect (ASD) atau lubang di antara injap atas jantung masing-masing sebesar satu sentimeter dan dua milimeter, memerlukan RM40,000 untuk pembedahan.
Tidak cergas seperti bayi lain

Bapa Krishentra, V Suganeswaran, 32, berkata anaknya mengalami batuk yang teruk dan tidak aktif seperti bayi lain.

Katanya, penyakit Krishentra dikenal pasti oleh doktor di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang ketika berusia dua minggu.

“Saya sedih apabila mengetahui mengenai penyakit anak saya.

“Pendapatan saya sebagai pengurus kilang tidak dapat menampung kos pembedahan yang sangat besar. Jadi, saya memohon kepada orang ramai menghulurkan bantuan,” katanya.

Orang ramai yang prihatin dan ingin menghulurkan sumbangan boleh mengirim cek menerusi nama Juruwang, Jabatan Kewangan/Unit Jabatan Amal NSTP, The New Straits Times Press (M) Bhd, Balai Berita, 31 Jalan Riong, 59100 Kuala Lumpur dengan nama penerima ditulis di belakang cek.

No comments:

Post a Comment