Saturday, March 30, 2013

Peguam baling kasut ke arah Musharraf



AP
MUSHARRAF (dalam bulatan) memegang kepalanya selepas kasut yang dibaling oleh seorang peguam hampir mengenainya di sebuah mahkamah tinggi di Karachi semalam.


KARACHI - Seorang peguam membaling satu kasut ke arah bekas Presiden Pakistan, Pervez Musharraf semasa dia berjalan menuju ke sebuah mahkamah tinggi di sini semalam.
Kasut itu hampir mengenai Musharraf yang hadir ke mahkamah untuk memohon supaya jaminan ke atasnya dilanjutkan berhubung beberapa kesnya.
Beberapa saluran televisyen tempatan melaporkan, identiti peguam yang membaling kasut itu tidak diketahui kerana dia menyembunyikan diri di belakang koridor bangunan.
Selepas kejadian itu, jaminan ke atas Musharraf dilanjutkan selama 15 hari lagi oleh hakim mahkamah itu Sajjad Ali Shah berhubung kes dia didakwa memecat beberapa orang hakim.
Jaminan terhadapnya juga dilanjutkan sebanyak 21 hari lagi berhubung dua kes iaitu terlibat dengan pembunuhan bekas Perdana Menteri, Benazir Bhutto dan Akhbar Bugti yang merupakan seorang pejuang suku kaum Baluch yang mati semasa mempertahankan diri dalam serangan tentera Pakistan. - Agensi

No comments:

Post a Comment