29 Mac 2013
BAITULMAQDIS - Pasukan Tentera Israel (IDF) sudah membuka sepenuhnya sempadan Gaza yang ditutup berikutan serangan roket pejuang Islam ketika lawatan Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama ke wilayah itu minggu lalu.
Tentera Israel berkata, pihaknya sudah membuka laluan komersial, Kerem Shalom dan Erez dan kini membenarkan rakyat Palestin memasuki negara itu dengan permit ketibaan menerusi laluan awam.
“Bagaimanapun, larangan memancing di pantai Gaza masih dikekalkan dan laluan sepanjang pantai itu juga ditutup kecuali untuk laluan kenderaan kargo,” katanya dipetik Reuters
Israel melaksanakan larangan di Gaza berikutan pencabulan perjanjian damai sementara November lalu.
Jumaat lalu, dua organisasi jihad Islam ditahan selepas dituduh bertanggungjawab terhadap serangan roket di Tebing Barat ketika lawatan Obama.

No comments:
Post a Comment