28 Mac 2013
LONDON - Operasi internet seluruh dunia terganggu semalam ekoran serangan siber terbesar setakat ini.
Kumpulan anti-spam cuba membuat serangan balas untuk menyelesaikan masalah tersebut.
Ini seterusnya memberi kesan ke atas perkhidmatan pupular seperti Netflix dan pakar internet bimbang jika serangan berterusan, ia akan menjejaskan perkhidmatan sistem perbankan dan e-mel.
Spamhaus yang berpangkalan di London dan Geneva sedang membantu menapis kandungan e-mel dan spam tidak diingini.
Lima negara ketika ini sedang menyiasat serangan siber ini.
Spamhaus mendakwa Cyberbunker bekerjasama dengan kumpulan penjenayah dari Eropah Timur dan Russia dan bertanggungjawab di sebalik serangan siber ini.
Ketua Eksekutif Spamhaus, Steve Linford memberitahu BBC bahawa serangan yang sama pernah berlaku sebelum ini.
“Kami mendapati serangan ini sudah bermula sejak seminggu lalu,” katanya.
Linford menambah, serangan siber ini juga cukup kuat dan mampu menjejaskan laman web kerajaan.

No comments:
Post a Comment