29 Mac 2013
JOHANNESBURG - Bekas Presiden Afrika Selatan, Nelson Mandela dimasukkan ke hospital petang semalam selepas mengalami jangkitan paru-paru berulang.
Jurucakap kerajaan Afrika Selatan bagaimanapun, tidak mendedahkan kondisi kesihatan pemimpin antiaparteid itu.
Menurut laporan dipetik AFP bekas presiden berkulit hitam pertama Afrika Selatan itu yang juga dikenali dengan panggilan Madiba sebelum ini sudah beberapa kali dimasukkan ke hospital sejak tahun lalu.
Kesemua rawatan yang diterima dianggap berjaya namun beliau belum pernah sekalipun muncul di khalayak ramai sejak keluar dari hospital Disember tahun lalu.

No comments:
Post a Comment