Sanjay Dutt
Sanjay Dutt
PELAKON Bollywood, Sanjay Dutt akui bakal kembali ke penjara untuk menjalani baki hukuman berhubung kesalahan letupan Mumbai pada tahun 1993.
Sanjay memberitahu pemberita bahawa dia akan menuruti perintah mahkamah dan tidak akan memohon pengampunan.
Mahkamah Agung India memutuskan Sanjay mesti kembali ke penjara dan menyerah diri dalam tempoh empat minggu setelah diikat jamin pada tahun 2007.
Sanjay disabitkan kesalahan pada tahun 2006 kerana membeli senjata daripada pengebom yang menyerang Mumbai.
Bintang Bollywood ini kelihatan terlalu sedih ketika ditemu bual pemberita, hari ini.
“Ini adalah satu tempoh yang sangat sukar dalam hidup saya dan keluarga saya. Saya hanya mempunyai beberapa hari saja lagi (sebelum kembali ke penjara).
“Saya ada beberapa kerja (yang perlu diselesaikan) dan saya mahu habiskannya. Saya nak tinggal bersama keluarga. Tolong biarkan saya dalam keadaan aman. Saya cinta negara saya,” katanya.