Tuesday, April 16, 2013

37 terbunuh menjelang pilihan raya Iraq




BAGHDAD 16 April - Sekurang-kurang 37 orang terbunuh manakala lebih 270 yang lain cedera dalam beberapa siri serangan di negara ini termasuk letupan bom di Lapangan Terbang Baghdad, di sini semalam.

Keganasan tersebut berlaku hanya beberapa hari sebelum berlangsung pilihan raya pertama sejak tentera Amerika Syarikat menarik diri, sekali gus menimbulkan persoalan tentang kredibiliti pilihan raya yang akan berlangsung 20 April ini.

Seramai 14 calon pilihan raya di negara ini terkorban dan hanya 12 daripada 18 wilayah di negara ini akan menyertai pilihan raya berkenaan.

Bagaimanapun tiada kumpulan yang mengaku bertanggungjawab dengan serangan tersebut. - AFP



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130416/lu_01/37-terbunuh-menjelang-pilihan-raya-Iraq#ixzz2Qa1B9jRe
© Utusan Melayu (M) Bhd

No comments:

Post a Comment