CARACAS - Pengganti yang dipilih Hugo Chavez, Nicolas Maduro secara rasmi memenangi pilihan raya Presiden Venezuela dengan kelebihan undi tipis ke atas pesaingnya, Henrique Capriles.
Kemenangan tipis tersebut membayangkan ketidakpuasan hati rakyat berhubung pelbagai masalah termasuk kadar jenayah yang tinggi dan bekalan elektrik.
Maduro yang merupakan pemangku Presiden Venezuela sejak kematian Chavez pada 5 Mac lalu memperoleh cuma 50.7 peratus undi berbanding 49.1 peratus untuk Capriles.
Perbezaan tersebut adalah sekitar 234,935 undi daripada keseluruhan 14.8 juta undi yang dikira.
Peratusan pengundi pada pilihan raya kali ini adalah 78 peratus berbanding lebih 80 peratus pada pilihan raya yang dimenangi oleh Chavez, pada Oktober tahun lalu.
Dalam pada itu, pihak pembangkang memberitahu, mereka hanya meminta supaya pengiraan kali kedua dilakukan.
"Kami tidak akan mengiktiraf keputusan pilihan raya ini sehingga setiap kertas undi dikira semula," kata Capriles. - AP
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0416&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_07.htm#ixzz2QZYbKfwl
Hakcipta terpelihara
No comments:
Post a Comment