THE HAGUE 15 April - Thailand dan Kemboja bersemuka di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ), di sini hari ini berhubung pertikaian mengenai pemilikan kuil purba Preah Vihear dan kawasan sekitarnya yang menjadi rebutan kedua-dua negara sehingga mencetuskan pertempuran antara sempadan pada 2011.
Perbicaraan akan berlangsung selama seminggu selepas dua tahun lalu, Phnom Penh meminta penjelasan mengenai hak pemilikan terhadap kuil tersebut yang ditetapkan ICJ kepada mereka pada 1962.
Thailand pula bagaimanapun, tidak mempertikai pemilikan Kemboja ke atas kuil tersebut yang merupakan tapak Warisan Dunia UNESCO, namun menuntut hak ke atas kawasan kuil itu seluas 4.6 kilometer persegi.
Keputusan perbicaraan dijangka akan diketahui sebelum September nanti. - AFP
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130415/lu_09/Perbicaraan-pemilikan-kuil-Preah-Vihear-di-ICJ-bermula#ixzz2Qa2q5w9T
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment