PESHAWAR 13 April - Sekurang-kurangnya sembilan penumpang sebuah bas terbunuh, manakala 16 yang lain cedera apabila sebutir bom meletup di dalam bas di barat laut bandar ini, hari ini.
Menurut seorang pegawai polis, Fazal Wahid, bom jangka tersebut diletakkan di dalam bas itu.
Sementara itu, seorang lagi pegawai polis, Shafi Ullah Khan memberitahu, kejadian itu berlaku ketika bas tersebut melintasi kawasan pinggir bandar Matani.
Bagaimanapun, tiada sebarang pengakuan dibuat oleh mana-mana pihak berhubung letupan tersebut. - AFP
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130413/lu_19/Bas-meletup-9-maut#ixzz2QPRGx5wr
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment