14 April 2013
KOTA BHARU - “Tiada apa yang mampu dilakukan, selain menunggu dan terus menunggu jika ada yang bersedia membantu saya membaik pulih rumah ini setelah empat tahun terbakar,” katanya seorang ibu tunggal, Marziah Abd Manaf.
Dia yang lebih sebulan kehilangan suami, Zamzuri Abdul Ghani akibat masalah buah pinggang kini terpaksa menyewa di Shah Alam.
“Sebelum ini kami menyewa di Shah Alam kerana kesihatan suami (menjalani rawatan dialisis) yang memerlukan kami berulang alik dari Kota Bharu ke hospital di Selangor.
Menurutnya, kerana tidak mampu, dia arwah suami hanya membiarkan rumah tersebut tanpa baik pulih tambahan komitmen untuk berubat, (kesihatan Zamzuri) terus menghalang mereka dari memikirkan perkara itu.
“Namun kini, setelah kematian suami, kami perlu kembali menetap di Kelantan, bagaimanapun masalah kediaman terus membelenggu,” katanya yang kini buntu.
Dia yang juga ibu kepada lima anak berusia 10 hingga 22 tahun berharap akan ada sinar buatnya dan anak- anak untuk mendiami rumah lebih selesa dan meneruskan kelangsungan hidup mereka.
“Saya tidak mengharapkan rumah besar, cukup sekadar ada yang membantu membaik pulih rumah sedia ada, dan kami dapat hidup selesa di situ,” katanya.

No comments:
Post a Comment