14 April 2013
MANILA - Filipina menawarkan pangkalan tentera kepada Amerika Syarikat (AS) sekiranya perang antara Korea Utara tercetus di Semenanjung Korea.
Setiausaha Luar, Albert del Rosario berkata, penawaran ini dilakukan mengikut perjanjian kerana AS merupakan sekutu kuat dengan Filipina.
“Perjanjian pertahanan ini memerlukan tindakan bersama jika Filipina atau AS diserang,” katanya pada laporan AFP.
Menurutnya, mengikut perjanjian itu, AS dibenarkan untuk menggunakan keperluan asas di pangkalan kami,” katanya.
Di Korea Selatan, polis mengarahkan aktivis menghentikan pelancaran risalah anti-Korea Utara bagi membuka jalan untuk sidang dialog dalam usaha meredakan ketegangan dengan Pyongyang.
Tindakan itu dilakukan selepas Korea Utara mengeluarkan ancaman baru untuk mengebom di lokasi risalah itu diedarkan.
Seorang aktivis berkata, pengedaran risalah itu dihentikan hingga 15 April sempena menghormati ulang tahun kelahiran pengasas
Korea Utara, Kim Il Sung namun tarikh tersebut dipercayai akan berlakunya serangan dahsyat dari Korea Utara.
Sementara itu, Setiausaha Negara AS, John Kerry yang membuat lawatan ke Korea Selatan menyifatkan, provokasi Pyongyang ke atas Seoul adalah satu kesilapan besar.
“Kami semua bersatu bahawa usaha Korea Utara tidak akan diterima untuk muncul sebagai kuasa nuklear dunia,” katanya.
Kerry meneruskan lawatan ke China dan Jepun dalam usaha mengekang kemaraan Korea Utara bagi menghentikan cubaan serangan nuklear terhadap AS dan Korea Selatan.

No comments:
Post a Comment