HILMI meluangkan masa melawat Siti Rohana yang menderita penyakit kulit, semalam. |
Nazli terpaksa memberi perhatian penuh kepada isterinya yang hanya terlantar selepas tidak dapat bergerak sejak setahun lalu.
Menurutnya, dia tidak kisah menjaga isterinya, Siti Rohana Mohamad Tambi, 40, asalkan isterinya itu sembuh segera dan sihat seperti dulu.
“Tiada istilah penat buat diri saya walaupun terpaksa menjaga isteri kerana apa yang saya mahu semoga dia cepat sembuh kerana penyakitnya ini masih lagi tidak dapat dikesan puncanya.
“Tiada istilah penat buat diri saya walaupun terpaksa menjaga isteri kerana apa yang saya mahu semoga dia cepat sembuh kerana penyakitnya ini masih lagi tidak dapat dikesan puncanya.
“Doktor yang memeriksa isteri juga tidak dapat memberitahu apa sebenarnya penyakit dialaminya dan saya akan menunggu doktor pakar yang dijangka melakukan pemeriksaan terhadap isteri esok (hari ini),” katanya ditemui di Hospital Balik Pulau (HBP), di sini, semalam.
No comments:
Post a Comment