Monday, April 22, 2013

Selepas letupan Boston, ahli politik AS meminta pengawasan lebih terhadap pendatang Muslim


WASHINGTON - Dua anggota Parlimen dari parti Republik mendesak pengawasan yang lebih besar terhadap Muslim AS dan reformasi imigresen selama penyelidikan letupan Boston berlangsung.

Peter King berkata pada Ahad (21/4/2013) mengatakan FBI harus meningkatkan usaha untuk mengorek "pengganas" Muslim yang mungkin tinggal di Amerika Syarikat, sementara Senator Dan Coats mengatakan undang-undang imigresen harus lebih dipelajari berkaitan dua pendatang dari Chechnya yang dituduh melakukan letupan bom di acara Marathon Boston.

Walaupun komander Mujahideen Dagestan telah membantah penglibatan pihaknya terhadap letupan Boston, King berkata pada Fox News bahawa pengeboman itu menunjukan perang AS terhadap "keganasan" belum berakhir dan penguatkuasaan undang-undang harus terus mencari maklumat di kalangan komuniti Muslim di Amerika Syarikat.

"Jika anda tahu ancaman tertentu yang berasal dari komuniti tertentu, itu yang harus anda awasi," ujar King yang menambah bahawa "99 peratus Muslim di Amerika Syarikat adalah orang Amerika yang luar biasa."

Sedangkan Coats dengan nada yang tidak kalah keras terhadap pendatang Muslim, mengatakan "imigresen adalah sebuah isu yang mempunyai kesan ekonomi yang dramatik pada Amerika. Juga mempunyai implikasi keselamatan negara. "

"Saya fikir sedikit menahan adalah idea yang baik kerana kita mempunyai masalah yang lebih besar daripada imigresen di depan dan bahawa defisit hutang harus segera diselesaikan."
 

No comments:

Post a Comment