Monday, April 22, 2013

Kenyataan komander Mujahidin Dagestan berkaitan letupan Boston


Dagestan - Media rasmi Mujahidin Imarah Kaukasus wilayah Dagestan, VDagestan, mengeluarkan kenyataan komander Mujahidin Dagestan sehubungan dengan peristiwa baru-baru ini di Boston, Amerika Syarikat.

Pernyataan itu berkata:

Selepas peristiwa di Boston, AS menyebarkan maklumat di media mereka yang mengatakan bahawa salah satu dari Tsarnaev bersaudara telah menghabiskan masa selama enam bulan di Dagestan pada tahun 2012. Atas dasar ini, terdapat spekulasi andaian bahawa ia mungkin telah berhubungan dengan Mujahidin Imarah Kaukasus, khususnya Mujahidin Dagestan.

Komander Mujahidin Dagestan menunjukkan dalam hal ini bahawa Mujahidin Kaukasus tidak berperang melawan Amerika Syarikat. Mereka menyatakan berperang melawan Rusia yang tidak hanya bertanggung jawab untuk pendudukan di Caucasus tapi juga untuk kejahatan keji terhadap ummat Islam.

Juga perlu diingat, walaupun dalam hal Rusia sebagai negara musuh yang memerangi Imarah Kaukasus, amir Imarah Kaukasus, Dokka Umarov pernah melarang melakukan serangan pada sasaran awam.

Berkaitan hal ini, Komando Mujahidin Dagestan mendesak media, terutama media-media AS untuk menghentikan spekulasi dan promosi proganda Rusia.

Jika kerajaan AS benar-benar berminat untuk mencari tahu pelaku letupan Boston dan tidak mencampurkannya dengan kepentingan Rusia, maka mereka juga harus fokus terhadap jejak badan keselamatan rahsia Rusia dalam letupan itu, demikian dilansir Kavkaz Center (21/4/2013).
 

No comments:

Post a Comment