Senai: “Detik paling mencemaskan ketika saya memimpin pasukan dalam pertempuran menentang pengganas di Kampung Tanjung Batu, Lahad Datu, Sabah, kerana kami diingatkan mereka terkenal dengan ilmu kebal.
“Alhamdulillah semuanya selamat dan selepas dua bulan terpisah kami lega akhirnya dapat berjumpa keluarga,” kata Leftenan Badrul Hafiz Asmadi, 22, sebaik tiba di Kompleks Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Senai di sini, kelmarin.
Badrul antara empat pegawai dan 115 anggota Markas Gerup 21 Gerak Khas disambut pulang dari Op Daulat di Sabah oleh Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad, Ketua Polis Johor Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff dan Pengarah Gerup Gerak Khas Kem Iskandar Mersing Brigadier Jeneral Effendi Ab Karim.
Sementara itu, Ketua Markas itu Mejar Faris Wajudi Ismail, 31, berkata, operasi itu pengalaman paling mencabar pernah ditempuhinya sejak berkhidmat dalam pasukan keselamatan, 11 tahun lalu.
“Ia mencabar dari segi mental dan fizikal kerana perlu berjaga-jaga setiap masa bagi menghadapi serangan musuh,” katanya.
No comments:
Post a Comment