Saturday, April 13, 2013

Kafe pakai nama Marilyn Monroe ditutup



Dubai: Sebuah kedai minuman yang mengambil nama legenda Hollywood, Marilyn Monroe di bandar Al-Jouf, Arab Saudi ditutup, lapor media semalam.

Pihak berkuasa kemudian menasihati pemilik premis itu supaya mengubah nama kedai berkenaan supaya lebih sesuai dengan budaya setempat.


Tindakan itu diambil hasil kempen penduduk setempat yang menggesa pihak berkuasa bertindak ke atas restoran berkenaan.

Menggunakan Internet, penduduk Al-Jouf di utara Arab Saudi berkata, mereka tidak mahu nama aktres Hollywood itu digunakan di bandar itu.


Mereka turut melancarkan kempen memboikot kedai berkenaan. Kempen itu dilancarkan melalui laman sesawang blog mikro dan rangkaian sosial.


Orang awam turut mengkritik pentadbiran pasar raya yang menempatkan premis itu kerana meluluskan nama berkenaan. Bagaimanapun, kempen itu tidak menyatakan alasan mengapa mereka menolak nama Marilyn digunakan, terutama kerana bukan sesuatu yang baru nama selebriti Barat digunakan untuk melariskan perniagaan. November tahun lalu, aktres Paris Hilton melebarkan rangkaian bisnesnya di Makkah dengan pembukaan kedai ke lima di Arab Saudi. - AFP

No comments:

Post a Comment