Saturday, April 13, 2013

Bekalan air pulih berperingkat




BEBERAPA kakitangan Syabas membaiki kerosakan paip pecah di Batu Caves, Gombak, Selangor semalam.


KUALA LUMPUR – Orang ramai yang mengalami masalah ketiadaan air di sekitar Kuala Lumpur dan Gombak tidak perlu panik kerana gangguan bekalan yang berlaku sejak kelmarin dijangka pulih secara berperingkat dalam tempoh seminggu.
Penolong Pengurus Besar, Jabatan Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Awam Syarikat Bekalan Air Selangor Berhad (Syabas), Priscilla Alfred berkata, pihaknya giat melakukan kerja-kerja membaiki paip pecah yang berlaku di tebing sungai di Kampung Melayu Batu Caves, Gombak pada Rabu lalu.
Menurutnya, hujan lebat sejak petang kelmarin menyebabkan paras sungai meningkat dan mengakibatkan pihak kontraktor Syabas terpaksa menangguhkan kerja-kerja pembaikan paip tersebut.
“Kerja-kerja penyelenggaraan telah disambung semula pada pukul 2.30 pagi tadi (semalam) setelah hujan berhenti dan ia siap awal pagi esok (hari ini).
“Tempoh pemulihan bekalan air ke semua kawasan yang terlibat pula dijangka pulih secara berperingkat dalam tempoh antara empat hingga lima hari selepas kerja-kerja pembaikan paip pecah siap sepenuhnya,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0413&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_04.htm#ixzz2QI2Jny8n 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment