Khatib masjid dibunuh
Polis tempatan dan orang awam melihat sisa serangan di bandar Fallujah, Baghdad
BAGHDAD - Seramai tujuh orang termasuk katib sebuah masjid dilaporkan terbunuh dalam siri serangan berasingan membabitkan beberapa lokasi dalam Baghdad termasuk di barat bandar Fallujah, Iraq, kelmarin.

Menurut pegawai, sekumpulan penyerang bersenjata menembak mati khatib Masjid Al-Baraa, Sheikh Talib Zuwayid bersama anak saudara lelaki di pekarangan kedai manisan dan beberapa orang awam lain di ibu negara.

Jurucakap pegawai kesihatan mengesahkan kematian tujuh mangsa termasuk Zuwayid dan memberitahu seorang daripada mereka cedera parah.

Sementara itu, penduduk tempatan memberitahu serangan terhadap Zuwayid berkemungkinan disebabkan peranannya dalam menguruskan minggu bantahan Sunni terhadap kerajaan Syiah lebih tiga bulan lalu.

Pihak polis bagaimanapun berkata, motif serangan itu masih belum diketahui dan enggan mengaitkannya dengan protes tersebut.

Dalam serangan berlainan, sebuah masjid pengikut Syiah di selatan Iraq dibom mengakibatkan seramai enam orang cedera. - Al-Jazeera

Polis tempatan dan orang awam melihat sisa serangan di bandar Fallujah, Baghdad