2 April 2013
SHAH ALAM - Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad menafikan beliau telah keluar Islam sebagaimana dalam gambar 'superimposed’ menunjukan beliau berpakaian jubah seperti paderi, disiarkan oleh Ketua Penerangan Wanita Umno, Datuk Hamidah Osman dalam blognya, tiga tahun lalu.
Khalid berkata, beliau tidak pernah memaklumkan bahawa dirinya murtad malah terkejut melihat gambar tersebut.
“Saya tidak pasti sama ada Hamidah yang 'superimposed' gambar saya tetapi gambar berkenaan ada disiarkan dalam blognya. Gambar itu jelas mengambarkan saya seorang paderi memakai lambang salib di dada dan pakaian itu biasa dipakai oleh paderi.
“Saya tidak pernah memakai pakaian sedemikian, malah saya tidak pernah murtad, “ katanya.
Beliau berkata demikian ketika memberi keterangan pada hari pertama perbicaraan kes saman malunya terhadap Adun Sungai Rapat, Perak, Hamidah kerana menyiar dalam tulisan blognya gambar ‘superimposed’ Khalid berpakaian jubah seperti seorang paderi.
Dalam prosiding itu, Khalid juga mengaku artikel yang dimuatkan dalam blognya pada tiga tahun lalu, secara dasarnya bersetuju orang bukan Islam boleh menggunakan kalimah Allah dan pendiriannya bertentangan dengan fatwa oleh Jawatankuasa Fatwa Selangor.
“Saya mengiktiraf apa dikeluarkan oleh pihak fatwa dan saya tidak menyalahkan keputusan dibuat. Tetapi saya hanya berbeza pendapat atau pandangan,” katanya.
Khalid memberitahu mahkamah bahawa beliau tidak pernah membuat laporan polis berkenaan blog itu sehingga sekarang.
Katanya, beliau juga mengambil masa dua tahun untuk mengemukakan saman terhadap Hamidah.
Khalid, yang juga Pesuruhjaya Pas III memfailkan saman terhadap Hamidah tahun lepas berhubung penyiaran gambar ‘super imposed’ anggota parlimen itu yang disiarkan melalui blognya pada Januari 2010.
Khalid, yang juga Pesuruhjaya Pas III memfailkan saman terhadap Hamidah tahun lepas berhubung penyiaran gambar ‘super imposed’ anggota parlimen itu yang disiarkan melalui blognya pada Januari 2010.
No comments:
Post a Comment