Satirawan Mesir disoal siasat
Youssef bakal berhadapan dengan satu lagi siasatan di Kaherah.
KAHERAH - Satirawan Mesir, Bassem Youssef disoal siasat lima jam berkaitan dakwaan menghina Presiden Mohammed Mursi dan agama Islam, kelmarin.
Menurut pegawai, Youssef turut diarah membayar ikat jamin AS$2,200 (RM6,820).

Sebelum ini, pihak berkuasa terpaksa menahan Youssef selepas sekumpulan penyokong Mursi membuat laporan mendakwa beliau telah menghina pemimpin itu serta agama Islam.

Menurut laporan Al- Jazeera waran tangkapan dikeluarkan terhadap pelawak digelar Jon Stewart Mesir, merupakan satu lagi siri terbaru tindakan undang-undang terhadapnya.

Bagaimanapun, tarikh siasatan untuk kes itu masih belum ditetapkan.