Friday, May 31, 2013

Mikrokredit menyebabkan beribu-ribu wanita China untung

 GUANGZHOU - Jalan Usahawan Wanita sepanjang 500 meter dan selebar 60 meter di wilayah Luzhai, mempunyai 63 buah kedai yang dikendalikan oleh wanita.

Peniaga wanita di sini menjual pelbagai barangan - pakaian, makanan, kasut, produk kulit, dan sehinggakan mereka mengendalikan bar dan butik kecantikan.

Seorang daripada mereka ialah Yang Min, 31, yang menjual beg tangan.

Beliau berkata dengan senyum lebar bahawa hasil jualannya boleh mencecah 150,000 Yuan setiap bulan semasa musim puncak.

"Dengan ini, kedudukan ekonomi keluarga saya bertambah baik," katanya.

Yang, seperti kebanyakan peniaga wanita di sini telah banyak menerima manfaat daripada skim microkredit kerajaan China yang diperkenalkan pada 2009 untuk membantu wanita menjalankan perniagaan kecil.

Sehingga kini, sejumlah 129.3 bilion Yuan (kira-kira RM62.8 bilion) diagihkan kepada 2.68 juta wanita merentasi seluruh China menerima manfaat besar daripada pinjaman mikrokredit tanpa faedah ini, demikian menurut statistik Persekutuan Wanita Seluruh China.

Presiden Persekutuan Wanita Wilayah Liuzhou, Wei Dong, berkata hampir 100,000 wanita di wilayah itu, yang menerima kemudahan mikrokredit, berjaya menambahbaik  perolehan tahunan mereka sekurang-kurangnya 5,000 Yuan.

Persekutuan itu juga bekerjasama dengan jabatan-jabatan kerajaan yang berkaitan untuk membantu wanita tanpa pekerjaan mendapatkan kemudahan mikrokredit ini.    Sementara itu, Presiden Persekutuan Wanita Wilayah Luzhai, Chen Xiuyun, pula berkata; "Kami juga menawarkan pelbagai latihan untuk mempertingkatkan kemahiran keusahawanan wanita".

MIKROKREDIT MEMPERKASA WANITA

Kemudahan mikrokredit yang disediakan oleh kerajaan China dilihat banyak membantu memperkasa beribu-ribu wanita luar bandar dan bandar.

Terdapat banyak lagi  kisah kejayaan termasuk kisah Mo Chunhong, 31, seorang pekerja dari luar wilayah ini yang memulakan perniagaan memproses jeruk pada 2010.

"Sebelum saya menceburi perniagaan, saya bekerja di kilang dengan pendapatan sebanyak 1,000 Yuan setiap bulan," katanya kepada Bernama.

"Saya menerima pinjaman sebanyak 500,000 Yuan untuk memulakan perniagaan, dan saya telah membayarnya balik," katanya dengan penuh bangga.

Zhang Yoking, 42, dari Pusat Pengeluaran Buah-buahan oleh Wanita Kampung Matoushan di utara bandaraya Guilin adalah seorang lagi penerima manfaat daripada skim mikrokredit.

Beliau meminjam sejumlah 200,000 Yuan pada 2012 untuk menanam anggur dan strawberi.

"Bersama rumah hijau yang kami beli, kami dapat menuai strawberi lima atau enam kali setiap tahun," tambah beliau.

Sehingga kini, mikrokredit berjumlah 270,000 Yuan (kira-kira RM131,927) diagihkan ke pusat pengeluaran buah-buahan itu dengan 119 wanita di kampung itu menerima manfaatnya.

LAGI KISAH KEJAYAAN

Sementara itu, di Wilayah Luzhai, Huang Yanfang, 41, seorang lagi pekerja dari wilayah luar dan ibu kepada dua anak perempuan mencatatkan pencapaian baik dalam menambahbaik kedudukan ekonominya.

Wanita berkenaan, yang sebelum ini berpendapatan sebanyak 3,000 Yuan setiap bulan, kini adalah pengurus besar Pusat Demonstrasi Pertanian Moden Wanita Guangxi.

"Saya meminjam 200,000 Yuan daripada skim mikrokredit pada 2007 untuk menanam anggur atas tanah seluas sembilan hektar.

"Pada 2008, saya dan suami turut menceburi pembuatan wain," katanya dan menambah kata bahawa beliau berjaya melunaskan pinjaman itu pada 2009.

Kisah kejayaan wanita-wanita Cina ini memberi harapan kepada beratus ribu lagi wanita luar bandar di negara ini yang mahu memperkasa kedudukan ekonomi dan menambahbaik kedudukan sosial masing-masing.- Bernama

Lelaki New York iklankan rambut sendiri

 Lelaki New York iklankan rambut sendiri
Lelaki New York iklankan rambut sendiri. - Foto Ihsan metro.co.uk
NEW YORK - Kelihatan seperti situasi tawar-menawar dalam perniagaan tetapi apa yang mengejutkan barang yang dijual ialah rambut asli, bukan barang lain.

Sesiapa yang mahu mencari rambut sepanjang 69 sentimeter, hitam dan panjang boleh mencarinya di papan iklan online, Craigslist.

Seorang lelaki New York, menawarkan rambutnya sendiri untuk dijual dengan harga AS$ 600 (RM1,800).

Menurut lelaki berkenaan, rambutnya tidak pernah rosak dan tidak pernah menggunakan sebarang pewarna rambut malah, ianya merupakan rambutnya yang asli.

Dia dengan bangga menyatakan yang rambutnya hitam dan cantik seperti gagak hitam bersinar dalam cahaya bulan.

Dia turut meyakinkan para pembeli yang rambutnya tidak pernah menggunakan kaedah meluruskan rambut dan sentiasa mengeringkan rambutnya secara semulajadi tanpa menggunakan pengering rambut.

Dia mengisytiharkan dalam Craigslist, “tawaran hanya dibuka kepada  pembeli serius saja,”.

Katanya lagi, masa dan tempat untuk memotong rambut boleh dipilih oleh pembeli sendiri.

Thursday, May 30, 2013

Masturah Abu Bakar redho Safwan Anang Memilih Penjara Daripada Dijamin


"Suami saya memperjuangkan kebenaran, suami saya bukan pesalah. Semalam kami diserbu oleh 15-20 orang polis di kawasan parking di kediaman. Rasa terkejut diserbu seolah2 penjenayah dan rasa sedih disebabkan beliau didakwa hari ini atas kesalahan yang tidak beliau lakukan masih tak hilang.

Dalam keadaan mengandung, emosi, mental dan fizikal cukup berat menghadapi dugaan sebegini besar. Turun naik mahkamah, berkejar ke sana sini, bekerja, tak hirau masa makan dan berehat, saya tak mampu berdiri sendiri tanpa sokongan. Hasbunallahu wani'mal wakeel.

."Hari ini suami saya sanggup masuk ke dalam penjara dan menolak sebarang jaminan untuk memprotes kezaliman dan kebatilan yang terus berlaku dalam negara hari ini. Dan saya sanggup berkorban dengan menerima keputusan beliau. Semoga kami terus diberikan kekuatan.

Mohon solidariti malam ini jam 8 di hadapan Penjara Sungai Buloh. Jangan biarkan suami saya keseorangan." Isteri Safwan Anang.

."Walaupun saya bersedih dengan keputusan ini, tetapi saya bangga mempunyai suami yang cekal dan berani seperti dia.Dia buat sebegini kerana sayangkan negara Malaysia.Tidak mahu Negara ini berada dalam cengkaman pemerintahan yang zalim.Walaupun saya sayang dan perlukan dia, tetapi Negara ini lebih memerlukannya.Saya seru semua rakyat terutama kaum wanita untuk turun solidarit di Penjara Sungai Buloh" Masturah Abu Bakar, Isteri Safwan Anang.

#Masturah juga sekarang ini sedang mengndung, tetapi itu tidak pernah mematahkan semangat beliau.
#Ayuh semua Solidariti di penjara Sungai Buloh, #Free Safwan Anang,

Safwan Anang  Beliau Memilih Penjara Daripada Dijamin
 PETALING JAYA: Salah seorang aktivis yang ditahan di bawah Akta Hasutan semalam, Safwan Anang dari Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) enggan diikat jamin.
Safwan Anang | Beliau Memilih Penjara Daripada Dijamin |
Menurut Presiden Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM) Mohammed Bukhairy Mohammed Sofian, semasa pendengaran perbicaraan, Safwan menyatakan bahawa beliau tetap menjunjung sistem raja berperlembagaan serta menghormati undang-undang dan keputusan mahkamah.
 Namun apa yang mendukacitakannya ialah seluruh sistem di negara ini telah menjadi tunggangan untuk kepentingan politik Umno-Barisan Nasional (BN), kata Bukhairy dalam satu kenyataan media hari ini.
Menurut Bukhairy, Safwan sempat menyampaikan tiga pesanan penting untuk disampaikan kepada seluruh rakyat Malaysia:
 Penahanan dan dakwaan ini bermotifkan politik. Tindakan saya ini sebagai protes dan memberi signal penolakan terhadap salah guna kuasa untuk kepentingan hayat Umno-BN.
Tindakan saya juga demi sayangkan negara dan ingin memulihkan demokrasi yang makin tenat.
Ini juga mesej jelas kepada anak muda bahawa kita benar-benar serius perjuangkan hak kita. Saya di dalam tetapi saya yakin kalian di luar sana tetap akan terus bangkit berjuang lawan penipuan!
 Menurut Bukhairy, demi menyelamatkan demokrasi yang kian nazak di Malaysia, Safwan rela untuk terus dikurung di lokap. Safwan juga rela berhadapan dengan polis dan SB sepanjang di dalam lokap nanti.
 Tiga lagi aktivis yang ditahan semalam ialah pemimpin ABU (Asal Bukan Umno) Haris Ibrahim, Naib Presiden PKR Tian Chua dan bekas Ahli Parlimen Batu Berendam Mohd Tamrin Abdul Ghafar.
Mereka telah ditangkap untuk siasatan dibawah Akta Hasutan berhubung dakwaan ucapan mereka pada program Malam Anak Bangsa Malaysia pada 13 Mei lalu.
Hari ini kesemua mereka telah dibawa ke mahkamah untuk dibaca pertuduhan. Mereka semua tidak mengaku bersalah dan masing-masing dikenakan ikat jamin sebanyak RM5,000. ~free malaysia today
  semoga perjuangan beliau mendapat rahmat dari Ilahi, ambe x lah sekuat Safwan Anang, di saat isterinya sedang mengandung beliau memilih penjara sebagai tempat untuk membuktikan bahawa demokrasi di Malaysia adalah palsu, dan pembodohan rakyat yang sedang berlangsung.
Ambe sebagai anak muda akan terus berada di belakang beliau, in Sya Allah perjuangan yang benar pasti akan menang dan kebatilan pasti akan lenyap..Allahuakbar!!!

http://www.kakisembang.com/2013/05/safwan-anang-beliau-memilih-penjara.html

Timbalan Pengerusi SPR Berdalih Setelah cubaannya memperbodohkan rakyat Kantoi..




Siasatan awal Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menunjukkan sekeping gambar dimuatkan di internet menunjukkan kononnya berlaku insiden lampu padam semasa pengiraan undi pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) 5 Mei lalu adalah fitnah dan lakonan itu dirakamkan sebelum PRU13 lagi.

"Mereka telah melakonkan perkara ini sebelum pilihan raya lagi untuk disebarkan di internet sebagai helah bagi menunjukkan kononnya berlaku kejadian lampu padam, sedangkan ini semua cerita karut.

"Pada gambar tersebut ditunjukkan kononnya petugas SPR sedang mengira kertas undi dan terpaksa menggunakan lampu bantuan kerana lampu padam sedangkan petugas itu langsung tidak memakai baju SPR,"

Beliau berkata bukti paling nyata apabila gambar tersebut menunjukkan terdapat ramai pemberita dan jurugambar berada di dalam tempat pengiraan undi sedangkan hakikatnya tidak ada sesiapa yang boleh berada di tempat tersebut melainkan petugas SPR dan ejen calon.

"Prosedur Operasi Standard (SOP) dan tatacara kerja seperti yang ditunjukkan oleh gambar itu langsung tidak betul... mereka sudah terlupa, hendak menipu tetapi tidak faham tatacara kerja dan tidak matang.

"Malah dulang yang digunakan untuk meletak kertas undi juga bukan dulang SPR, bahan dan saiznya berbeza.. banyak perkara dalam gambar tidak ikut SOP SPR," katanya.

Wan Ahmad berkata sehingga kini tiada sebarang laporan polis dibuat berkaitan dakwaan lampu padam dan itu membuktikan bahawa ia ternyata fitnah pembohongan yang direka-reka dan tidak berasas.

"Kalau ada lampu padam, tentulah ada ejen-ejen parti membuat laporan polis, mereka mewakili calon, mereka ada di tempat mengira undi, jika lampu padam dia yang akan mula-mula sekali berlari buat laporan polis, tetapi tidak.

"Malah pada malam pengiraan undi itu juga, saya apabila mendapat 'tweet' mengatakan lampu padam oleh 'cybertrooper' yang tidak bertanggungjawab, kita terus semak kawasan mana, kita semak dengan pengarah negeri kita, Pegawai Pengurus dan saluran sekolah yang dituduh tetapi ternyata tdak ada apa-apa," katanya.

Itu adalah kata-kata Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad yang dilaporkan oleh Bernama Jumaat lalu.. kononnya kesimpulan itu dibuat hasil penelitian beliau bersama pegawai-pegawainya.

Bagaimanapun setelah pembohongannya itu disangkal oleh ADUN Seri Serdang dan Rafizi Ramli pula mendedahkan laporan Polis yang telah dibuat mengenai insiden Black-out di Kulim Ini pula dalihnya...

Tanpa sebarang rasa bersalah kerana telah memfitnah penyokong Pakatan Rakyat yang telah bertugas pada hari pengundian itu.. beliau berkata..

“Baguslah kalau ada bukti kukuh dengan laporan polis dan sebagainya. Saya sedia berjumpa mereka yang mempunyai bukti ini, mendengar masalah yang mungkin terjadi.

“Dengan cara ini (bersemuka) lebih elok, kita dapat elak prasangka buruk kerana SPR sememangnya ikhlas untuk laksanakan tanggungjawab yang diamanahkan,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Mengulas mengenai tindakan jawatankuasa #siasatPRU13 yang mengemukakan bukti laporan polis yang dibuat pada 9 Mei lalu berhubung kejadian ‘lampu padam’ di Parlimen Kulim Bandar Baharu, Wan Ahmad berkata, pihaknya sedia memberi kerjasama kepada pihak polis bagi menyiasat perkara itu.

“Eloklah ada laporan polis biar polis siasat dan kita sentiasa bersedia untuk beri sebarang kerjasama dalam mengetahui keadaan sebenar. Kita ada 26,000 pusat mengundi dan ribuan petugas yang mungkin berlaku kecualian tidak dilaporkan di pihak petugas SPR sendiri,” katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata, kenyataannya sebelum ini adalah berdasarkan laporan 24 jam yang diterima selepas hari pengundian.

“Sebarang kenyataan saya sebelum ini adalah berlandaskan laporan selepas hari pengundian berlaku, kita hubungi petugas kita, polis dan Tenaga Nasional Berhad (TNB), dan tiada laporan (lampu padam) diterima.

“Kalau bukan pada sumber ini, kepada siapa kita mahu percaya. Jadi bila ada laporan polis kita minta polis siasat,” katanya ~ Sinar Harian..

Sudah-sudahlah jangan nak spin dan perbodohkan rakyat lagi.. macai UMNO bolehlah diperbodohkan sebab mereka memang bodoh...

Letak jawatan adalah cara paling baik..

Timbalan Pengerusi SPR Menipu.. Gambar Blackout ini dirakam di Sek. Keb. Serdang di Saluran 3, 5 Mei lalu..

Adun Seri Serdang yang baru dipilih, Noor Hanim Ismail mengecam Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) Datuk Wan Ahmad Wan Omar kerana membuat kenyataan palsu dan menipu.

Ini ekoran kenyataan Wan Ahmad yang mendakwa bahawa kejadian Blackout 505 yang tersebar di internet dan akhbar adalah fitnah dan lakonan yang dirakam sebelum PRU 13.

"Mereka telah melakonkan perkara ini sebelum pilihan raya lagi untuk disebarkan di internet sebagai helah bagi menunjukkan kononnya berlaku kejadian lampu padam, sedangkan ini semua cerita karut.

"Pada gambar tersebut ditunjukkan kononnya petugas SPR sedang mengira kertas undi dan terpaksa menggunakan lampu bantuan kerana lampu padam sedangkan petugas itu langsung tidak memakai baju SPR," kata Wan Ahmad kepada Bernama ketika ditemui baru-baru ini.

Noor Hanim, calon PAS dalam pilihan raya ini menang dengan majoriti 16,251 undi dalam pilihan raya ini un tuk kerusi Seri Serdang. Beliau mendapat 39,373 undi mengalahkan calon BN Mohamed Yusof Mohamed Yassin yang mendapat 23, 486 undi.

Menurut Noor Hanim , gambar itu adalah asli yang berlaku di Sekolah Kebangsaan Serdang, di bilik pengiraan undi Saluran 3.

"Counting Agent kami telah mengambil beberapa gambar sebelum dan selepas kejadian blackout tersebut itu berlaku," kata Noor Hanim dalam kenyataannya.

"Saya menyarankan agar pihak SPR khususnya Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia kerana telah melakukan kesilapan dalam mengeluarkan kenyataan tanpa membuat kajian yang mendalam dan mengambil ringan isu yang dibangkitkan oleh rakyat.

"SPR sebagai badan rasmi yang menguruskan pilihanraya ini mesti dilihat profesional, adil dan telus serta tidak berpihak kepada mana-mana parti," kata Noor Hanim dalam kenyataannya.

Berikut adalah kenyataan medianya..

GAMBAR LAKONAN BLACKOUT 505: MENYANGKAL DAKWAAN SPR

Saya mengecam kenyataan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) melalui Timbalan Pengerusinya Datuk Wan Ahmad Wan Omar yang menyatakan bahawa kejadian Blackout 505 yang tersebar di internet dan akhbar adalah fitnah dan lakonan yang dirakam sebelum PRU 13.

Ternyata hasil penelitian dan siasatan awal yang dilakukan beliau bersama pegawai-pegawainya adalah sangat lemah dan hanya sekadar ingin menutup kelemahan sistem pilihanraya yang ada dan menafikan kejadian blackout yang benar-benar berlaku.

Saya ingin menyatakan bahawa gambar yang tersebar tersebut adalah benar dan kejadian itu berlaku di SEKOLAH KEBANGSAAN SERDANG, di bilik pengiraan undi Saluran 3.

“Counting Agent” kami telah mengambil beberapa gambar sebelum dan selepas kejadian blackout tersebut itu berlaku.

Saya juga melihat beberapa kelemahan Timbalan Pengerusi SPR dalam menilai beberapa aspek dikatakan Prosedur Operasi Standard (SOP) SPR sewaktu hari mengundi pada 5 Mei 2013 yang lalu.

Bagaimana beliau sendiri tidak tahu pakaian rasmi petugas-petugas SPR berwarna kelabu pada hari tersebut.

Saya juga berasa hairan kerana beliau juga tidak kenal kotak bekas kiraan undi yang digunakan oleh pihak SPR sendiri.

Gambar tersebut dengan jelas menampakkan logo SPR di tepi kotak kiraan undi yang digunakan.

Sewaktu kejadian itu berlaku, wakil calon kami juga telah berusaha membekalkan lampu suluh ke bilik kiraan undi tersebut bagi memastikan proses kiraan undi berjalan dengan lancar.

Saya menafikan bahawa terdapat wartawan di lokasi kejadian kerana yang ada hanya Ketua Tempat Mengundi (KTM), petugas SPR, wakil calon dan anggota polis yang bertugas.

Oleh itu, saya menyarankan agar pihak SPR khususnya Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia kerana telah melakukan kesilapan dalam mengeluarkan kenyataan tanpa membuat kajian yang mendalam dan mengambil ringan isu yang dibangkitkan oleh rakyat.

SPR sebagai badan rasmi yang menguruskan pilihanraya ini mesti dilihat profesional, adil dan telus serta tidak berpihak kepada mana-mana parti.

YB NOOR HANIM ISMAIL
ADUN SERI SERDANG.
25 Mei 2013 / 15 REJAB 1434

Selain dari Serdang, Black out juga berlaku di Kulim.. Ini laporan Polis nya..

Kenyataan-kenyataan yang dibuat oleh Timbalan Pengerusi SPR, Dato’ Wan Ahmad Wan Omar yang memperlekehkan aduan berlakunya kejadian terputus bekalan elektrik semasa pengiraan undi (black-out) amatlah dikesali.

Beliau juga mempersendakan aduan-aduan ini, kononnya dilakonkan terlebih dahulu dan mencabar sekiranya benar ada kejadian begini berlaku agar laporan polis dikemukakan kepada SPR.

Semalam, wakil rakyat Sri Serdang Puan Noor Hanim Ismail telah tampil menjelaskan bahawa gambar di internet yang berlegar benar-benar berlaku di dalam kawasan yang beliau tandingi.

Dengan kenyataan balas YB Noor Hanim Ismail itu, Dato’ Wan Ahmad Wan Omar wajarlah mengemukakan asas bagaimana beliau boleh mempersendakan satu aduan serius yang dibuat mengenai kepincangan perjalanan pilihanraya, tanpa usul periksa terlebih dahulu.

Hari ini, saya tampilkan satu lagi bukti untuk menunjukkan bahawa Dato’ Wan Ahmad Wan Omar tidak pernah ikhlas untuk menangani aduan kepincangan perjalanan pilihanraya secara ikhlas.

Beliau mencabar agar ditunjukkan laporan polis sekiranya benar berlaku black-out di mana-mana tempat pengiraan undi dalam PRU13.

#siasatpru13 berjaya menjejaki satu lagi insiden black-out di Parlimen Kulim Bandar Baharu yang disertakan dengan laporan polis.

Laporan menyebut:

“Pada 5/5/2013 jam lebih kurang 0715 malam bekalan letrik terputus di dalam kawasan Sekolah Sri Lindungan Raja, Sedim, Karangan, Kedah. Saya sebagai ketua unit peti undi Kampung Tebuan, Sedim bagi PRU13 N35, P18 dan sebagai agen wakil calon PKR ditempat kiraan undi di sekolah tersebut. Kejadian ini mendatangkan kecurigaan kepada pihak saya berdasarkan perkara ini saya mendapat maklumat daripada pihak TNB dan tiada sebarang bekalan elektrik terputus di kawasan Sedim. Perkara ini disahkan oleh pihak TNB. Pada 5/5/2013 jam 0725 malam bekalan elektrik puih semula berdasarkan perkara ini juga pihak saya merasakan terdapat unsur penyelewengan. Kejadian ini berlaku hanya pada bangunan sekolah sahaja sedangkan saksi-saksi bagi pihak saya melihat kawasan di luar sekolah tiada terputus bekalan elektrik. Sekian repot saya.”

Dengan adanya saksi dan laporan polis sebegini, secara langsung menjawab cabaran Dato’ Wan Ahmad Wan Omar yang mahu melihat laporan polis yang dibuat.

Kini, menjadi tanggungjawab beliau untuk menerangkan bagaimana kejadian terputus bekalan elektrik hanya di tempat mengira undi pada ketika undi sedang dikira boleh berlaku, sedangkan TNB menyatakan bahawa tiada sebarang gangguan bekalan eletrik.

RAFIZI RAMLI
Pengarah Strategi KEADILAN

27 MEI 2013

Masih nak menegakkan benang yang basah ke Wan Ahmad? - ASD

http://azmieyusoff.blogspot.com/2013/05/setelah-cubaannya-memperbodohkan-rakyat.html

Panas!! Isu Bot Karam - TV3 / BN hina rakyat SARAWAK



KOMEN SAHABAT DARI SARAWAK - BOT KARAM
Tentang isu bot express karam di Belaga pada hari ini, bagi penonton berita TV3, kami rakyat Sarawak ingin menyatakan bahawa ada kesilapan dalam berita tersebut pabila dikatakan ianya pengangkutan termurah yang kami pilih.

Untuk pengetahuan anda, di kawasan Belaga ini, hanya ada bot express sebagai pengangkutan. Tiada jalan raya dll.. Jadi tiada istilah termurah atau termahal. Yang wujud hanya INI YANG KAMI ADA.

Ada pilihan? Tiada pilihan..

Jadi mau tak mau, penduduk di sana kena naik juga bot express untuk pergi dan pulang ke kampung.

* diharapkan anda faham dan tidak memikirkan rakyat kami ni hanya mau naik yang termurah dan abaikan keselamatan. *

MENGAPA ANAK SARAWAK MARAHKAN TV3 !!!
Oleh :Pencinta Kebenaran

KELUHAN ANAK SARAWAK :
bro,,kami ank sarawak panas dgn kenyataan busuk dari tv3 yg menyatakan kejadian bot karam adlh disebabkan faktor tambang murah!!!# kami minta tarik balik statement busuk mengenai kejadian bot karam dari berita tv3!!!

kpd tv3,"jangan bercakap membabi buta!musim perayaan begini semua tambang naik dan tiada istilah murah!pengangkutan bot express hanya satu2nya yg ada utk rakyat balik ke kampung ditempat ini!

kenapa begitu?sebab kerajaan masih gagal melaksanakan kemudahan jalan raya utk rakyat! bot express beroperasi bukan 24 jam sehari dan kerana itu kesesakkan terjadi!tambah pula bilangan bot express yg tidak cukup!

berpuluh tahun undi BN,,bertahun2 menunggu kemudahan jalan raya,,bertahun2 mendengar janji dan alasan,,,tetapi masih kosong dan pihak yg berkenaan hanya pandai bersembunyi utk menyelesaikan masalah rakyat!

ingat,,kemenangan majoriti bn byk disumbangkan dari borneo dan lebih2 lagi dikawasan pendalaman seperti ini!sebelum pihak anda mengeluarkan kenyataan,,sila buat survey dahulu!saya pasti pihak anda tiada seorang pun kenal dan tahu kehidupan rakyat ditempat sebegini!

oleh itu pihak anda dengan banggangnya membuat kenyataan busuk dan teramat busuk!!!!let's God judging you later!!!"#msg kpd tv3 dari kami semua

#ANAK MUDA BANGKIT BOIKOT TV3-BERITA FITNAH !

INI BERITA YANG DILAPURKAN MYMETRO :

Muat 74, bawa 200
Oleh Rabi ‘Atul ‘Adawiyah Ismail

Belaga: “Saya terdengar bunyi kuat dan bot yang dinaiki bergegar. Ketika itu saya terdengar jeritan penumpang yang mengarahkan supaya terjun menyelamatkan diri,” kata Jok Ngau, 30, mangsa bot ekspres Kawan Mas karam berhampiran Tanjong Giam Bungan, di Sungai Belaga sini, semalam.

Menurutnya, bot ekspres yang dinaiki itu baru sejam berlepas dari jeti Belaga dan terbalik sebaik tiba di satu selekoh.

“Bot berlepas dari Bakun jam 7 pagi dan ketika itu, semua penumpang berebut untuk menaiki bot berkenaan kerana tidak mahu menunggu perkhidmatan seterusnya.

“Walaupun tempat dalam bot sudah penuh, penumpang berdegil dan sanggup duduk di tepi serta atas bot. Kami berhenti untuk menurunkan penumpang di Belaga dan meneruskan perjalanan ke Kapit,” katanya.

MANGSA yang selamat berenang ke tebing sungai.

Katanya, lebih 200 penumpang yang rata-ratanya pekerja kontrak di Sungai Asap, Bakun dan Murum ingin pulang ke kampung untuk menyambut Hari Gawai hujung minggu ini.

http://azmieyusoff.blogspot.com/2013/05/panas-isu-bot-karam-tv3-bn-hina-rakyat.html
 —

Wednesday, May 29, 2013

umno

boikot

Boikot minyak masak cina
1.Seri Murni 
2.Buruh 
3.VeSawit 
4.VeSoya 
5.VeCorn
6.Knife
7.Naturel
8.Daisy
9.Fan
10.Red Eagle
11.Neptune
12.Krystal

Sokong minyak masak anak tempatan melayu bumiputera Islam:
a.Saji (Felda)
b.Tiara (Felda)
c.Tiara (Felda)
d.Alif (SimeDarby)
e.Olife (SimeDarby)
f.Adela Sunflower (Felda)
g.Adela Canola (Felda)
h.Cap Tiga Udang (Jenis Paket – Felda)

MULAI HARI INI, KITA JANGAN TERTIPU DGN JENAMA2 PRODUK YG BERBAUR ALA2 MELAYU DAN ISLAM, PADAHAL SEBENARNYA IA ADALAH KEPUNYAAN CINA

Sesungguhnya Golongan Islam Munafiq tu suka melakukan pembohongan demi kepenting peribadi




Ciri-Ciri / Sifat-Sifat Golongan IslamMunafik :

1. Apabila berkata maka dia akan berkata bohong / dusta.
2. Jika membuat suatu janji atau kesepakatan dia akan mengingkari janjinya.
3. Bila diberi kepercayaan / amanat maka dia akan mengkhianatinya.

Untuk disebut sebagai Golongan Islam Munafik sejati sepertinya harus memenuhi semua ketiga persyaratan di atas yaitu pembohong, pengkhianat dan pengingkar janji.

Tamrin, Haris ditahan semula


KUALA LUMPUR – Dua aktivis pembangkang, Haris Fathillah Mohamed Ibrahim dan Tamrin Ghafar yang dibebaskan sebelum ini, ditahan semula lewat petang semalam dengan kebenaran majistret.
Difahamkan penahanan mereka dibuat pada pukul 7 petang sebelum dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di sini.
Tamrin difahamkan ditahan di kediamannya di Ampang manakala tiada maklumat lanjut mengenai penahanan Haris.
Mereka ditahan di bawah Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan 1948 kerana mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan yang boleh menggugat keamanan dan keselamatan negara.
Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah ketika dihubungi mengesahkan penahanan dua individu terbabit dan maklumat lanjut mengenainya akan dimaklumkan pada sidang akhbar hari ini.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0529&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_04.htm#ixzz2UhD46sQS 
Hakcipta terpelihara 

Hishamuddin Rais turut didakwa


KUALA LUMPUR 29 Mei - Seorang lagi aktivis propembangkang, Hishamuddin Rais didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan untuk menggulingkan kerajaan menerusi demonstrasi jalanan dalam satu ceramah, 13 Mei lalu.
Dia turut mengaku tidak bersalah atas tuduhan tersebut.
Dia didakwa berbuat demikian dengan menyebut kata-kata menghasut yang cenderung untuk membangkitkan rakyat negara ini untuk mengubah kerajaan yang tertubuh menurut undang-undang, dengan cara yang tidak sah.
Perbuatan itu didakwa berlaku ketika berceramah di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor di No. 1, Jalan Maharajalela di sini antara pukul 8.55 malam dan 11.15 malam, 13 Mei lalu.
Dakwaan terhadapnya dikemukakan mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 4(1) akta sama yang membawa hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya.
Hishamuddin turut dibebaskan dengan ikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin sementara menunggu sebutan kes pada 2 Julai. - Utusan


Artikel Penuh: http://webcache.googleusercontent.com/search?q=cache:http://www.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20130529/ma_08/Hishamuddin-Rais-turut-didakwa#ixzz2Ueyrq6AU
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Kediaman Menteri Luar Bangladesh diserang


DHAKA 28 Mei - Beberapa butir bom buatan sendiri diletupkan di luar kediaman Menteri Luar Bangladesh di sini hari, dipercayai sebagai bantahan terhadap proses mengekstradisi seorang bekas politik pembangkang dari Britain yang dikehendaki atas tuduhan menipu.
Tiada kematian dilaporkan dalam serangan tersebut kerana Menteri Luar, Dipu Moni menakala suami dan dua anaknya yang berada di dalam rumah ketika kejadian juga tidak mengalami sebarang kecederaan.
Suspek kes penipuan tersebut, Tarique Rahman yang tinggal di London sejak 2008, dituduh terlibat dalam penggubahan wang haram semasa pemerintahan ibunya, Khaleda Zia yang memegang jawatan Perdana Menteri dari 2001 hingga 2006.
Kerajaan Bangladesh bawah pimpinan Sheikh Hasina ketika ini meminta bantuan Interpol mengekstradisi Tarique ke Bangladesh untuk tindakan seterusnya. - DPA


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130528/lu_11/Kediaman-Menteri-Luar-Bangladesh-diserang#ixzz2UexidMeR
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Gitar hadiah Metallica kepada Jokowi dirampas


Gambar fail bertarikh 3 Mei lalu, menunjukkan Gabenor Jakarta, Joko Widodo memegang gitar pemberian anggota kumpulan Metallica, Robert Trujillo di Jakarta, Indonesia. - AFP
sham
JAKARTA 28 Mei - Sebuah gitar milik Gabenor Jakarta, Joko Widodo atau Jokowi yang dihadiahkan anggota kumpulan Metallica, bakal dirampas kerajaan kerana pemberian itu boleh dilihat sebagai rasuah.
Awal bulan ini, Jokowi muncul dalam satu rancangan televisyen sambil memegang gitar berwarna merah gelap itu, yang dihadiahkan anggota kumpulan heavy metal tersebut, Robert Trujillo menerusi seorang promoter konsert.
Berikutan kemunculan tersebut, Gabenor itu kemudian menyerahkan gitar berkenaan kepada Suruhanjaya Pembanterasan Rasuah (KPK).
Menurut pegawai KPK, Giri Supradiyono, pihaknya sedang menjalankan siasatan berhubung dakwaan rasuah di sebalik pemberian tersebut dan buat masa ini gitar itu akan dirampas.
"Gitar itu perlu dirampas kerana ia berpotensi mencetuskan dakwaan rasuah," katanya sambil menambah, promoter yang menghadiahkan gitar tersebut kepada Jokowi tahu bahawa Gabenor itu meminati Metallica dan dia mungkin mengharapkan sesuatu sebagai balasan.
Supradiyono berkata, perkataan 'Giving Back' yang tertera pada gitar itu juga menguatkan lagi dakwaan tersebut.
Semasa kemunculannya di televisyen, Jokowi mengakui beliau merupakan peminat setia Metallica, Led Zeppelin, Deep Purple dan Napalm Death. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130529/lu_06/Gitar-hadiah-Metallica-kepada-Jokowi-dirampas#ixzz2Uex7uazl
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Vietnam bantah kapal nelayan dilanggar


HANOI 28 Mei - Vietnam, hari ini menuduh China merosakkan sebuah bot nelayannya dalam pertelingkahan terbaharu antara kedua-dua negara membabitkan pertikaian wilayah maritim di Laut China Selatan.
Jurucakap Kementerian Luar, Luong Thanh Nghi berkata, sebuah kapal China melanggar sebuah bot nelayan negara ini ketika mereka sedang menangkap ikan di perairan Vietnam pada 20 Mei lalu.
Menurutnya, insiden itu menyebabkan badan kapal nelayan tersebut rosak dan mengancam nyawa 15 krew kapal.
"Kementerian telah mengemukakan bantahan kepada Kedutaan China, semalam dan menuntut tindakan diambil ekoran pencerobohan itu, selain mahukan pesalah dikenakan hukuman dan pampasan diberikan kepada nelayan terbabit," katanya dalam satu kenyataan. - AGENSI


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130529/lu_04/Vietnam-bantah-kapal-nelayan-dilanggar#ixzz2Uewxxg25
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Penduduk bantah bina masjid


Sekumpulan anggota kumpulan Barisan Kebangsaan, mengibarkan bendera Greece bagi membantah pembinaan sebuah masjid pertama di negara itu yang dibiayai kerajaan di Athens, kelmarin. - AFP
ATHENS 27 Mei - Anggota kumpulan Barisan Kebangsaan yang merupakan pergerakan ultra berhaluan kanan, mengetuai perhimpunan bantahan bagi menentang rancangan pembinaan masjid pertama di negara ini, yang dibiayai kerajaan di sini, semalam.
Kerajaan memperuntukkan kira-kira 1 juta euro (RM3.9 juta) untuk membina masjid itu di Athens yang dijadual dimulakan pada tahun depan selepas mengurangkan peruntukannya ekoran krisis ekonomi.
Penunjuk perasaan, termasuk wanita yang memakai pakaian biarawati, memegang bendera Greece sambil memekik slogan 'Kami tidak mahukan Syariah, kami mahukan Greece dan Ortodoks' dan 'Tidak kepada masjid, berikan wang kepada sekolah'.
Setiausaha Barisan Kebangsaan, Emmanouil Konstas berkata, rancangan pembinaan masjid itu tidak dapat diterima dan kerajaan sepatutnya menjaga kebajikan komuniti imigran ketika negara berdepan krisis ekonomi.
"Keperluan keagamaan beratus-ratus ribu pendatang asing tidak perlu menjadi kebimbangan kerajaan, mereka sepatutnya diusir sejak datang secara haram ke negara ini.
"Bagi mereka yang tinggal di negara ini secara sah, terdapat banyak tempat untuk mereka beribadat," katanya.
Athens adalah satu-satunya ibu negara Kesatuan Eropah (EU) yang tidak mempunyai masjid dan tanah perkuburan rasmi untuk penganut Islam.
Penduduk tempatan yang menyertai perhimpunan bantahan itu berkata, mereka takut penduduk Islam datang ke kawasan kediaman mereka. - AGENSI


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130528/lu_04/Penduduk-bantah-bina-masjid#ixzz2UewPNjOB
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Lagi suspek bunuh tentera ditahan


LONDON 28 Mei - Polis Britain yang menyiasat pembunuhan kejam seorang anggota tentera oleh suspek pelampau Islam minggu lalu, menahan seorang lagi suspek semalam, sekali gus menjadikan 10 orang ditahan setakat ini berkaitan kes itu.
Penahan itu dibuat ketika beribu-ribu penunjuk perasaan berhaluan kanan mengadakan demonstrasi berhampiran pejabat Perdana Menteri David Cameron bagi mengecam pembunuhan tersebut.
Seorang lelaki berusia 50 tahun ditahan kerana disyaki berkomplot membunuh Lee Rigby, 25, dalam kejadian yang berlaku berhampiran sebuah berek tentera di Woolwich pada Rabu lalu.
Antara 10 suspek yang ditahan ialah dua suspek utama, Michael Adebolajo, 28, dan Michael Adebowale, 22, yang masih dikawal ketat di hospital berasingan selepas ditembak polis ketika kejadian itu.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130529/lu_05/Lagi-suspek-bunuh-tentera-ditahan#ixzz2UewAHXUi
© Utusan Melayu (M) Bhd 

NGO gesa larang guna benzoyl peroxide dalam tepung gandum


 
Kuala Lumpur: Gabungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu dan Islam, semalam menggesa Kementerian Kesihatan melarang penggunaan bahan kimia benzoyl peroxide dalam tepung gandum.

Mereka bimbang penggunaan bahan itu walaupun dibenarkan pada skala kecil iaitu tidak lebih 50 miligram (mg)/kilogram (kg) untuk bertindak sebagai ejen pemutih, dikhuatiri boleh membahayakan kesihatan pengguna.
Jurucakap NGO itu yang juga Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan, berkata ada sebilangan syarikat pengimport dan pengeluar tepung di negara ini menggunakan benzoyl peroxide bagi memutihkan kembali warna tepung itu.

Katanya, langkah diambil syarikat berkenaan selepas dipercayai memperoleh bekalan tepung terpakai yang warnanya sudah bertukar kehitaman atau kekuningan dari pasaran antarabangsa sebelum dijual semula di Malaysia.

Nutrisi semula jadi hilang

“Penambahan benzoyl peroxide menyebabkan semua nutrisi semula jadi (dalam tepung) hilang. Bagi memastikan nutrisinya terus ada, mereka menggunakan bahan bijirin seperti vitamin B1, dipercayai diperoleh dari sumber babi kerana ia lebih murah dan mudah didapati,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menetapkan tepung gandum perlu mengandungi 13 peratus bahan nutrisi. Mengikut laporan Kementerian Kesihatan penggunaan bahan kimia itu dalam tepung gandum sebagai penyesuai makanan dibenarkan di negara ini tetapi tidak lebih daripada 50 mg/kg.
Bagaimanapun, Nadzim berkata, budaya rakyat Malaysia yang kerap menggunakan dan bergantung kepada makanan berasaskan tepung seperti roti canai, kuih dan roti menyebabkan pengambilan terhadap bahan kimia itu menjadi tinggi.

Beliau berkata, hanya satu atau dua saja syarikat pengimport tepung di Malaysia menggunakan bahan kimia itu dalam mengeluarkan produk berkenaan, selebihnya tidak menggunakan.

Sekat ‘Red Bean Army’

Dalam perkembangan lain, Nadzim berkata, PPIM dan 85 NGO lain menggesa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menyekat laman sosial dikendalikan kumpulan dan penyokong ‘Red Bean Army’ kerana melemparkan fitnah.

Kumpulan dipercayai berkait rapat dengan sebuah parti politik pembangkang itu dipercayai mula aktif sejak 2011. Penipuan menerusi kenyataan dan fakta dikeluarkannya boleh mencetuskan perbalahan dan menggugat perpaduan selain mempunyai motif mengajak rakyat membenci pemimpin negara.

Beliau turut menafikan dakwaan pihaknya memboikot keseluruhan produk Cina, sebaliknya hanya lapan produk saja kerana dipercayai menyalurkan dana dan menyokong usaha himpunan haram anjuran pembangkang.

Bayi dibuang dalam lubang tandas selamat

Bayi dibuang dalam lubang tandas selamat
Anggota bomba berjaya mengeluarkan bayi yang dibuang ibunya ke dalam lubang tandas di wilayah Zhejiang di timur China semalam. Gambar kecil, anggota bomba cuba memecahkan sebahagian saluran paip untuk mengeluarkan bayi berkenaan. Bomba China guna gergaji, pelayar keluarkan budak tersekat dalam paip kumbahan

Beijing: Seorang bayi lelaki baru lahir, dipercayai dibuang ibu bapanya ke dalam lubang tandas, ditemui masih hidup dan berjaya diselamatkan anggota bomba di timur China, selepas tersangkut di saluran paip kumbahan semalam.

Polis menyifatkan kes itu sebagai cubaan membunuh dan sedang memburu ibu bapa bayi malang itu. Penduduk China turut meluahkan kemarahan berikutan kejadian itu di media sosial.
Stesen televisyen China CCTV melaporkan, bayi itu ditemui di saluran paip kumbahan di kawasan perumahan di Jinhua, wilayah pesisir pantai Zhejiang.


Dengar tangisan

“Bayi berusia dua hari itu ditemui, selepas penduduk melaporkan mereka mendengar bunyi tangisan,” lapor stesen televisyen itu.

Selepas mengesan kedudukan bayi anggota bomba memotong saluran paip yang mempunyai ukur lilit 10 sentimeter menggunakan playar dan gergaji dengan berhati-hati.

Saluran paip yang sudah dipotong dengan bayi di dalamnya itu kemudian dibawa ke hospital selepas cubaan mereka untuk menariknya keluar tidak berjaya.
Ia kemudian diserahkan kepada doktor yang mengambil masa kira-kira sejam memotong saluran itu sedikit demi sedikit hingga berjaya mengeluarkan bayi seberat 2.3 kilogram dengan uri masih terlekat pada tubuhnya.

Akhbar milik kerajaan Zhejiang News melaporkan, keadaan bayi itu yang diberi nama Bayi No 59, berdasarkan nombor inkubatornya, kini stabil dan selamat.
Rakaman video kerja menyelamat itu turut disiarkan di seluruh negara.

Berita penemuan bayi itu mencetuskan ratusan ribu ulasan di laman web Weibo yang hampir sama dengan Twitter. Sebilangan besar mengucapkan syabas dengan kejayaan menyelamatkan bayi berkenaan dan melahirkan kemarahan dengan kekejaman ibu bapanya.

“Saya tidak dapat menerima dan memaafkan perbuatan membuang bayi dengan uri masih terlekat di tubuh ke dalam lubang tandas.

“Bolehkah mereka dipanggil manusia? Mereka lebih kejam daripada haiwan,” kata seorang pengirim yang menamakan dirinya Jiding Jiajia.

Saksi rakaman menyelamat

Seorang lagi pelayar internet, If-Free, berkata beliau begitu sebak ketika menyaksikan rakaman usaha menyelamat bayi itu.

“Melihat bayi itu mengerang dan menangis ketika saluran paip itu dibuka amat menyentuh perasaan saya. Anda terpaksa melalui saat paling getir di dalam hidup dan saya yakin masa depan anda akan cerah,” katanya.

Laporan mengenai bayi yang dibuang sejurus dilahirkan semakin meningkat di China dan ini sebahagian besarnya berpunca daripada dasar satu keluarga satu anak yang diamalkan dengan ketat di negara itu.

REUTERS/AGENSI 

Peluru berpandu AS ragut 4 nyawa di Pakistan


 
ISLAMABAD: Sekurang-kurangnya empat terbunuh manakala empat yang lain cedera dalam serangan peluru berpandu Amerika Syarikat (AS) di wilayah bergolak barat laut Pakistan, Waziristan Utara, hari ini, lapor agensi berita Xinhua.

Serangan berlaku awal pagi tadi apabila sebuah pesawat tanpa pemandu AS melancarkan dua peluru berpandu di sebuah kediaman yang disyaki tempat persembunyian kumpulan militan di kawasan Chasma Poll, Miranshah iaitu sebuah bandar utama di Waziristan Utara yang bersempadan dengan Afghanistan.
Identiti mangsa masih belum dikenal pasti.

Ia adalah serangan peluru berpandu ke-13 yang dilancarkan ke atas Pakistan tahun ini. Sekurang-kurangnya 73 terbunuh dalam serangan di negara itu sejak awal tahun ini. - BERNAMA

Empat aktivis pembangkang didakwa hari ini


WARTAWAN SINAR HARIAN
29 Mei 2013
Tian Chua, Haris Ibrahim, Tamrin Ghafar
Tian Chua, Haris Ibrahim, Tamrin Ghafar
SHAH ALAM - Empat aktivis Pakatan Rakyat yang dibebaskan 24 Mei lalu, ditahan semula dan didakwa di bawah Akta Hasutan hari ini selepas permohonan reman polis diterima majistret semalam.

Mereka yang ditahan sehingga jam 9.30 malam tadi adalah Haris Ibrahim, Tamrin Ghafar, Muhammad Safwab Anang@Talib dan Ahli Parlimen Batu Tian Chua.

Turut menerima perintah tahanan reman ialah seorang lagi aktivis Hishamudin Md Rais.

Ketua Siasatan jenayah Kuala Lumpur Datuk ku Chin Wah ketika dihubungi mengesahkan perkara tersebut.

Mereka ditahan mengikut Seksyen 4 (1) Akta Hasutan 1948, berhubung ceramah mereka di Dewan Perhimpunan Cina, di sini, pada 13 Mei lepas yang didakwa berbaur hasutan.

Pelancongan Filipina rugi besar


Manila: Pihak berkuasa pelancongan Filipina berkata, mereka bakal kerugian AS$4.5 juta (RM13.6 juta) setiap bulan berikutan pembatalan tempahan dan penerbangan sewa khas dari Taiwan akibat pertelagahan diplomatik ekoran pembunuhan seorang nelayan negara itu.

Kebanyakan pembatalan dari pantai peranginan popular Boracay di tengah Filipina, di mana pelancong Taiwan menjadi kumpulan kedua terbesar selepas Korea Selatan. Pada 2012, lebih 90,000 rakyat Taiwan mengunjungi pulau itu.


Insiden tembakan nelayan Taiwan oleh pengawal pantai Filipina pada 9 Mei lalu mendorong kerajaan Taiwan membekukan pengambilan pekerja Filipina dan tidak menggalakkan melancong ke negara itu.

Jabatan Pelancongan berkata dalam laporan diterbitkan semalam bahawa sekurang-kurangnya 43 penerbangan dari 20 Mei hingga 30 Jun antara Taiwan dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kalibo untuk ke Boracay sudah dibatalkan.


Syarikat penerbangan murah tempatan, Zest Air Inc yang sebahagiannya di miliki AirAsia Filipina minggu lalu mengesahkan bahawa ia menggantung sementara perkhidmatan sewa khas harian antara Kalibo dan Taipei atas permintaan ejen sewa khas.


Sementara itu, Taiwan turut menghentikan perdagangan dan pertukaran sukan dengan Filipina. - AP

Tuesday, May 28, 2013

Rebranding

PKR desak KDN siasat kematian Dharmendran


WARTAWAN SINAR HARIAN
28 Mei 2013
PKR desak KDN siasat kematian Dharmendran
N Surendran menunjukkan laporan patologi mangsa.
KUALA LUMPUR – PKR mendakwa kematian seorang tahanan, N Dharmendran, 32, di lokap Ibu Pejabat Kontinjen Kuala Lumpur (IPKKL), dipercayai mempunyai unsur jenayah.

Naib Presiden PKR, N Surendran mendakwa mangsa, N Dharmendran, dipukul sehingga mati oleh anggota polis, namun tiada tangkapan atau tindakan penggantungan kerja ke atas mereka.
Katanya, keterangan perlu diambil daripada semua anggota polis  terlibat.

Beliau berkata, penahanan perlu dilakukan ke atas pegawai polis yang terlibat dan pendakwaan perlu dilakukan secepat mungkin ke atas individu terlibat.

“Kami desak Menteri Dalam Negeri (Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi) mengambil tindakan berhubung perkara ini.

“Ahli patologi sudah pun mengesahkan Dharmendran mati dalam tahanan polis kerana dipukul. Mengapa tiada yang ditahan?" katanya ketika ditemui di pekarangan Bukit Aman, semalam.

Katanya, laporan perunding patologi daripada Hospital Kuala Lumpur (HKL), Dr Siew Sheue Feng pada 22 Mei lalu, mengesahkan Dharmendran meninggal dunia akibat kegagalan fungsi kecederaan tisu lembut akibat pukulan di badan.

Katanya, proses siasatan belum dilakukan selepas Lans Koperal Mohd Fairul Mohd Fauzi melaporkan kematian itu.

“ASP Chang Chin Song adalah pegawai yang merekodkan kenyataan sahaja dan tiada polis menyiasat kes itu,” katanya.

Beliau, bersama balu mangsa, Marry Mariay Susay, 26, dan empat orang ahli keluarga mendiang berserta dua wakil peguam, R Sivarasa dan Sivamalar Genapathy merekodkan keterangan bagi membantu siasatan.

Dharmendran, meninggal dunia selepas ditahan di IPKKL berikutan kejadian tembakan di Bandar Tun Razak pada 11 Mei lalu.

Bantah kahwin sejenis di Perancis



28 Mei 2013
Bantah kahwin sejenis di Perancis
Lebih 100,000 penunjuk perasaan berhimpun di Paris, kelmarin
PARIS - Ratusan ribu penunjuk perasaan berhimpun, kelmarin sebagai membantah undang-undang perkahwinan sejenis di Paris.

Polis menganggarkan kira-kira 150,000 orang menyertai perhimpunan yang bertujuan untuk menzahirkan rasa kecewa mereka terhadap kepimpinan Presiden Francois Hollande kerana meluluskan undang-undang perkahwinan sejenis yang melanggar fitrah manusia itu.

Demonstrasi tersebut turut menyaksikan pertempuran antara penunjuk perasaan berhaluan kanan dan pihak berkuasa, dipetik dari laporan AP.

Menteri Dalam Negeri, Manuel Valls memberitahu kira-kira 100 penunjuk perasaan yang enggan beredar selepas perhimpunan itu telah ditahan pihak berkuasa.

Anak anggota tentera hadapi risiko gangguan mental



28 Mei 2013
WASHINGTON- Menurut laporan terbaru Akademi Pediatrik Amerika Syarikat (AS), anak-anak anggota tentera menghadapi risiko mendapat masalah emosi, sosial dan tingkah laku kerana kerap ditinggalkan ibu bapa mereka yang bertugas.

Menurut jurnal yang baru diterbitkan semalam, laporan klinikal ini bertujuan memberi kesedaran di kalangan pakar kanak-kanak berhubung keperluan kesihatan mental khusus kepada anak-anak tentera.

Laporan yang ditulis Dr Ben S. Siegal dan Dr Beth Ellen Davis yang bertugas sebagai Ahli Jawatankuasa Psikososial Kanak-kanak dan Kesihatan Keluarga ini menunjukkan, kira-kira 60 peratus tentera AS mempunyai keluarga dan kira-kira 2.3 juta anggota tentera telah dikerahkan dalam perang di Afghanistan dan Iraq sejak sedekad lalu.

“Dalam tempoh 10 tahun, lebih 2 juta anak tentera menghadapi tekanan emosi kerana terpaksa brpisah dengan orang yang mereka sayang,” kata Davis dalam satu kenyataan.

Tambahnya lagi, kebanyakan kanak-kanak terpaksa menyesuaikan diri  dan mengalami rasa bimbang serta takut semasa ketiadaan bapa mereka.

Kajian turut membuktikan satu daripada empat kanak-kanak anggota tentera itu mengalami gejala kemurungan, masalah tidur dan kira-kira satu daripada  tiga orang mengalami perasaan kebimbangan yang berlebihan.

Kesan kesihatan mental ini akan merangkumi semua peringkat umur terutama kepada kanak-kanak dan remaja yang berumur di antara lima sehingga 17 tahun.

“Mereka akan menunjukkan perubahan emosi dan tingkah laku berbanding kanak-kanak lain,” tambah Davis.

Anggota tentera hanya dibenarkan melawat anak-anak mereka dalam tempoh 18 bulan dan perkara ini menambahkan lagi tekanan kepada anak-anak yang ditinggalkan dan juga kepada penjaga kanak-kanak sehingga memberi kesan kepada kesihatan mental.

Bom meletup dalam timbunan sampah



28 Mei 2013
Bom meletup dalam timbunan sampah
Pasukan forensik mencari sisa letupan di pasar malam di Ramkhamhaeng.
BANGKOK - Sekurang-kurangnya tujuh orang cedera apabila sebutir bom diletakkan dalam timbunan sampah meletup di sebuah pasar malam di Bangkok, Thailand, kelmarin.

Pegawai polis, Narongrit Promsawat berkata, letupan berlaku jam 9 malam waktu tempatan itu juga menyebabkan beberapa gerai di pasar di daerah Ramkhamhaeng rosak teruk dan ada yang hangus.

“Pasukan forensik mengesahkan bom itu diperbuat daripada campuran paku serta beberapa bahan lain,” katanya.

Menurutnya, siasatan awal mendapati letupan itu dilakukan bukan bertujuan untuk membunuh atau mencederakan.

“Kami tetap melakukan siasatan terperinci kerana kami yakin letupan itu mempunyai kaitan dengan beberapa siri letupan kecil di Bangkok sejak kebelakangan ini,” katanya.

Sementara itu, seorang saksi berkata, letupan tersebut menyebabkan orang ramai lari bertempiaran dan meninggalkan premis masing-masing. 

“Mangsa cedera akibat terkena paku dan serpihan kaca yang berterbangan,” katanya menurut laporan Bangkok Post.

7 komando Filipina terbunuh di Cagayan



28 Mei 2013
7 komando Filipina terbunuh di Cagayan
Anggota pasukan elit meningkatkan keselamatan di utara Filipina.
MANILA - Tujuh komando polis Filipina terbunuh dalam serangan hendap ketika operasi memburu kumpulan pemisah di wilayah utara Cagayan, Filipina, semalam.

Jurucakap polis tempatan Cesar Orlanes berkata, kejadian itu berlaku apabila ahli kumpulan Tentera Rakyat Baru (NPA) menyerang anggota komando dari cawangan elit Pasukan Tindakan Khas berhampiran balai polis Allacapan, utara Filipina.

“Tujuh komando turut cedera. Kejadian ini adalah siri serangan terbaru pada tahun ini yang menyaksikan pertempuran antara kumpulan pemisah dalam usaha mereka menentang kerajaan,” katanya dipetik dari laporan Reuters.

Menurutnya, susulan kejadian itu, jumlah anggota keselamatan dari unit elit ditambah dan operasi pemburuan ditingkatkan dua kali ganda.

KDN cadang CCTV di lokap tahanan



28 Mei 2013
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
KUALA LUMPUR - Penyediaan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di bilik lokap tahanan dan pewujudan lebih banyak lokap berpusat merupakan antara cadangan yang dikemukakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk menambah baik prosedur melibatkan tahanan polis.

Menterinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata ia juga dapat memberi gambaran sebenar mengenai keadaan di bilik tahanan bagi mengelak pandangan serong masyarakat terhadap polis.
  
Beliau berkata apabila CCTV disediakan, rakaman dapat menjadi bahan bukti jika sebarang kecederaan dan kematian berlaku.
  
"Kami juga bercadang untuk tidak letakkan orang kena tuduh di balai-balai polis berkenaan tapi kita akan mohon kepada kerajaan untuk wujudkan (lebih banyak) pusat tahanan berpusat seperti lokap di Jinjang agar polis tidak terus dituduh ketika jalankan soal siasat," katanya kepada pemberita selepas melawat Jabatan Pertahanan Awam, Jalan Semarak di sini hari ini.
  
Ahmad Zahid, dalam pada itu, meminta semua pihak memberi kepercayaan kepada kementerian dalam melakukan siasatan rapi berhubung kes kematian seorang tahanan di dalam lokap.

Beliau merujuk kepada kematian N. Dharmendran, 32, di lokap Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur pada Selasa lepas.
  
Ahmad Zahid berkata siasatan dalaman dilakukan sekumpulan penyiasat dan ia diharap dapat menyelesaikan kes itu dan seterusnya membawa sesiapa yang terlibat ke muka pengadilan.
  
"Berilah kepercayaan kepada KDN untuk jalanan siasatan ini secara adil...jika benar ada sesiapa yang telah lakukan sesuatu di luar kuasa dan perundangan, tindakan yang setimpal akan diambil," katanya.
  
Mengenai perhimpunan jalanan yang kerap dilakukan pembangkang sejak akhir-akhir ini, Ahmad Zahid berkata ia lebih bersifat provokasi bertujuan mendapat liputan media luar negara.
  
"Ia untuk menggambarkan seolah-olah negara kita ini sedang mengalami huru-hara kerana pihak pembangkang kalah pilihan raya," katanya.- Bernama

KWSP kekal had umur 55 tahun keluar simpanan persaraan



28 Mei 2013
kwsp
KWSP
KUALA LUMPUR - Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengekalkan polisi membenarkan ahlinya mengeluarkan keseluruhan simpanan persaraan mereka pada usia 55 tahun walaupun umur persaraan penjawat awam dinaikkan kepada 60 tahun.
  
Bagaimanapun, KWSP menggalakkan pencarum mengamalkan pengeluaran caruman secara fleksibel berbanding sekali gus, yang boleh mengundang pembaziran.
  
Ketua Pegawai Eksekutif KWSP Datuk Shahril Ridza Ridzuan berkata langkah pengeluaran secara fleksibel itu diperkenal bagi membantu anggota KWSP mengurus perbelanjaan mereka selepas bersara.
  
"Sebelum ini, kebanyakan ahli mengeluarkan wang secara sekali gus. Seperti yang anda sedia maklum, adalah sukar untuk mengurus dan menyimpan wang berkenaan dalam tempoh tiga hingga lima tahun selepas bersara," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
  
Beliau berkata pihaknya sedang mempergiat usaha menggalakkan pencarum melakukan pengeluaran fleksibel serta memberi kesedaran berhubung kepentingan merancang kewangan selepas tamat perkhidmatan.
  
Shahril Ridza berkata setakat ini, sambutan terhadap pengeluaran caruman secara fleksibel di kalangan ahli adalah memberangsangkan.
  
"Jangka hayat sekarang ini semakin panjang sehingga 76 atau 77 tahun. Dan jika semua wang telah dikeluarkan, mereka akan hanya ada baki caruman lima tahun untuk menampung kewangan selepas bersara (pada usia) 60 tahun," katanya.
  
Pada suku pertama tahun ini, sebanyak 43,775 permohonan pengeluaran fleksibel umur 55 tahun bernilai RM1.66 bilion diluluskan KWSP berbanding RM1.50 bilion bagi tempoh sama tahun lepas.
  
Pada suku pertama 2013, sejumlah 481,603 pengeluaran dibuat ahli berbanding 451,194 bagi tempoh sama tahun lepas, naik 6.74 peratus.
  
Pengeluaran yang diluluskan pada suku pertama 2013 meningkat 3.54 peratus kepada RM8.77 bilion daripada RM8.47 bilion bagi 2012.
  
Pada 31 Mac, 2013, sejumlah 13.69 juta orang berdaftar dengan KWSP dan daripada jumlah itu, 6.41 juta adalah ahli aktif yang masih mencarum untuk persaraan mereka berbanding 13.26 juta orang dengan 6.28 juta ahli aktif pada suku yang sama pada 2012.
  
Jumlah majikan berdaftar ialah sebanyak 509,139 pada suku pertama 2013, meningkat 3.26 peratus berbanding 493,066 bagi tempoh sama tahun lepas. - Bernama

Trak dibom gerila: 7 polis maut


Manila: Gerila komunis meletupkan sebutir bom dan melepaskan tembakan ke arah sebuah trak membawa polis di utara Filipina semalam, menyebabkan tujuh daripada mereka maut dan tujuh lagi cedera.

Anggota polis elit Pasukan Tindakan Khas itu dalam perjalanan ke sebuah hospital untuk pemeriksaan perubatan rutin apabila pemberontak - yang menyorok dalam belukar di laluan berkenaan - meletupkan bom dan menembak kenderaan terbabit.


Ketua polis tempatan, Rodrigo de Gracia ketika ditemui media semalam, berkata, sebaik saja diserang, polis elit terbabit membalas tembakan tetapi gagal bertahan kerana jumlah gerila yang ramai.

“Pemberontak terbabit kemudian melarikan diri bersama senjata polis yang dibunuh,” katanya ketika ditemui. Serangan gerila sebegitu memang biasa dilakukan pemberontak Marxist sepanjang tempoh 44 tahun lalu dan menyebabkan kematian kira-kira 120,000 orang. Selain menghadapi tentangan komunis, kekuatan pasukan keselamatan Filipina dikekang oleh kempen antimilitan Islam di selatan Filipina.


Sabtu lalu, gerila Abu Sayyaf menembak mati tujuh anggota marin Filipina dalam pertempuran di Pulau Jolo dalam operasi kerajaan untuk menyelamatkan enam tebusan warga asing dan tempatan. Baru-baru ini kerajaan menggantung rundingan damai diusahakan Norway selepas pemberontak komunis menolak cadangan gencatan senjata serta-merta. De Garcia berkata, tujuh anggota polis elit itu berjaya melarikan diri dan diselamatkan tentera kerajaan di Hospital Perbandaran Ballesteros, kira-kira 400 kilometer di timur laut Manila. “Tentera kini membuat sekatan jalan raya dan menambah bilangan pasukan keselamatan bagi mengesan penyerang terbabit,” katanya ketika ditemui. - AP

Monday, May 27, 2013

PERSOALAN PERLAKSANAAN HUDUD DI NEGERI KELANTAN..



Kerana perlembagaan Negara Indonesia tidak membenarkan Aceh melaksakan Hukum Hudud...

Beratus ribu rakyat Aceh yg MATI Syahid kerana ingin menegakkan Hukum Allah ketika itu..

Justeru itu jangan ditanya kenapa Kelantan masih tidak mampu melaksanakan Hukum Hudud..

Ini adalah kerana Negara Aceh dan Kelantan kedua-duanya mempunyai persamaan yg amat jelas iaitu terikat dgn perlembagaan ciptaan golongan kaffir yg didukung oleh proxy Yahudi dan Nasara yang mewarisi kemerdekaan ciptaan golongan kuffar di kepulauan melayu ini......

Apakah Gerakan Jemaah Melayuwiyah UMNO ingin melihat Negeri Kelantan jadi macam Negara Aceh dgn melakukan gerakan bersenjata bagi menuntut tegaknya hukum Allah di atas muka bumi ini...

Kini aceh boleh melaksakan hudud bila kerajaan Indonesia mula melonggarkan tekanan pada Aceh...

Nasihat dari kami " Anak Muda Bangkit Hancurkan UMNO " agar Gerakan Jemaah Melayuwiyah UMNO mendesak kerajaan Malaysia bagi melonggarkan tekanan pada Kelantan seperti mana yang dilakukan oleh President Indonesia Sdr Bambang Yudhoyono dgn dengan beraninya mengistihar dan mengubah perlembagaan negara Indonesia serta meletakkan Aceh negeri yg berkecuali dari segi perlaksanaan hukumnya...

Persoalannya :

Adakah UMNO seberani Bambang Yudhoyono bagi mengubah perlembagaan negara Indonesia dgn memberikan keizinan kepada mana-mana Kerajaan negeri melaksakan hukum Allah tanpa sebarang gangguan dan tekanan...

Jika Indonesia boleh Malaysia tentu boleh..!!!
Kerana Gerakan Jemaah Melayuwiah UMNO sering melakukan pendakwaan kosong bahawa Malaysia lebih hebat dari Indonesia

Tinggal lagi sejauh mana UMNO mampu mengatasi tentangan dari 12 parti komponen kaffir dalam gabungan BN..

TEUKU ZACHARYAH BIN TEUKU NYAK KHAIRY ISKANDAR..
ADMIN FB : Anak Muda Bangkit Hancurkan UMNO
PERSOALAN PERLAKSANAAN HUDUD DI NEGERI KELANTAN..

KHAS BUAT GERAKAN JEMAAH MELAYUWIYAH UMNO..

Kenapa dahulu Negara Aceh Darussalam tak dapat melaksanakan Hukum Hudud seperti sekarang...??