Wednesday, May 22, 2013

Azri nafi pemilik blog Papa Gomo



KUALA LUMPUR - Wan Muhammad Azri Wan Deris yang disaman Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung paparan video seks dengan seorang lelaki, menafikan beliau pemilik blog 'Papa Gomo'.
Wan Muhammad Azri, 30, menerusi pernyataan pembelaan yang difailkan kelmarin di Mahkamah Tinggi di sini berkata, alamat kediaman yang dinyatakan menerusi saman itu juga bukan miliknya dan beliau tidak pernah mengenali Anwar secara peribadi.
Beliau turut menafikan pernah menyiarkan sebarang perkataan atau imej berunsur fitnah terhadap Anwar serta tiada sebarang niat jahat untuk merosakkan reputasi Anwar seperti mana didakwanya.
Peguam Mohd. Afiq Mohd. Noor yang mewakili Anwar memberitahu pemberita bahawa dalam prosiding semalam, Pesuruhjaya Kehakiman Lee Heng Cheong telah menetapkan 5 Jun ini untuk pengurusan kes.
Pada 21 Mac lepas, Anwar memfailkan saman menuntut ganti rugi berjumlah RM100 juta kerana mendakwa Wan Muhammad Azri menyiarkan empat siri perkataan fitnah di laman blog www.papagomo.com pada 16, 17, 19 dan 20 Mac lepas.
Selain ganti rugi am, teruk, teladan, faedah, kos dan relif lain yang difikirkan wajar oleh mahkamah, beliau memohon satu perintah injunksi bagi menghalang defendan terus menerbitkan perkataan fitnah dan imej berkenaan. - Bernama


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0522&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_07.htm#ixzz2TyJ2xwr3 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment