Wednesday, May 22, 2013

Tentera Korea perhamba wanita ketika Perang Vietnam



Tokyo: Datuk Bandar Osaka semalam berkata, tentera Korea Selatan bersalah kerana mencabul wanita pada zaman perang, beberapa hari selepas beliau dikecam kerana melabelkan hamba seks pada Perang Dunia Kedua sebagai satu keperluan tentera.

Dalam kenyataan yang mendapat kecaman daripada Seoul dan meningkatkan lagi ketegangan kedua-dua negara, Toru Hashimoto mendakwa tentera Korea Selatan menggunakan wanita untuk memuaskan nafsu seks mereka pada Perang Vietnam.
Perhambaan seks adalah isu sensitif di Korea, bekas tanah jajahan Jepun yang 200,000 wanitanya dipaksa menjadi hamba seks di rumah pelacuran untuk memenuhi nafsu seks tentera Jepun pada Perang Dunia Kedua.

Hashimoto minggu lalu berkata, hamba seks satu keperluan untuk mengekalkan tentera di barisan peperangan. Kenyataan itu mendapat kecaman daripada negara yang berperang dengan Jepun pada 1930-an dan 1940-an, termasuk daripada AS.


Dalam kenyataannya di satu mesyuarat parti semalam, beliau berkata: “Jepun memang teruk. Adalah benar kita menggunakan wanita untuk menyelesaikan masalah seks di medan tempur. AS, Britain, Jerman dan Perancis, malah tentera Korea Selatan di Vietnam selepas Perang Dunia Kedua juga menggunakan wanita menangani isu itu. - AP

No comments:

Post a Comment