Sunday, May 26, 2013

Burj Al Arab tawar iPad bersalut emas untuk tetamu



Burj Al ArabDubai: Kemewahan biasanya datang dalam pelbagai bentuk, saiz, rasa, warna dan tahap kemesraan yang berbeza.

Bagaimanapun, di Burj Al Arab, ia didatangkan dengan peranti bersalut emas 24 karat dalam bentuk iPad 4.
Burj Al Arab antara hotel mewah terlampau di dunia, memperkenalkan iPad bersalut emas untuk tetamunya bagi mengakses perkhidmatan disediakan. Ia turut menyediakan iMac di kamar suite.

Burj Al Arab Gold iPadIni menjadikan Burj Al Arab yang kadar sewa biliknya bermula pada $1,525 (RM4,575) semalam menjadi hotel pertama menawarkan perisian Pengalaman Pelanggan Interaktif dengan iPad bersalut emas 24 karat.


“Ipad itu direka khusus untuk Burj Al Arab dan diukir dengan logo hotel. Ia akan ditawarkan kepada setiap tetamu yang mendaftar untuk menetap di hotel ini,” kata pengurusan Burj Al Arab.


“Tetamu boleh menggunakan iPad emas 24 karat itu dengan hanya menekan butang bagi mendapatkan maklumat dan perkhidmatan yang kami sediakan ”

Seorang penganalisis yang enggan dikenali berkata, dia menyifatkan langkah itu sebagai ‘merosakkan’ tetamu dengan kemewahan, tetapi memujinya kerana melaksanakan idea yang kreatif.

No comments:

Post a Comment